Special Chapter 6 ( Final)

8.4K 345 27
                                    


19 tahun dahulu.. disebuah hutan di pinggiran Wilayah 3 Palmz.

" Uncle, uncle tahu ke jalan keluar ni." Soal Tengku Adrian. Tangannya masih menggaru garu gatal di tengkuknya. Mungkin kerana nyamuk. Aiden di sebelah hanya mendiamkan diri. Mengikut langkah kaki lelaki berusia awal 40 an dihadapannya itu melangkah.

" Uncle tahu..tapi uncle dah tak berapa nampak sangat sebab nak gelap dah ni. Haih mungkin tak balik pulak uncle hari ini. Uncle dah janji dengan keluarga pakcik nak makan malam ni,"  Ali Henderson hanya mengeluh sedikit.

Dia sudah berjumpa kedua budak lelaki yang dikatakan sesat kerana terpisah dari kumpulan sekolahnya ketika mereka sedang melakukan aktiviti perkhemahan. Tetapi alih alih dengan dia sekali tersesat.

Dia yakin jalan yang dilaluinya sekarang adalah sama dengan jalan yang dilaluinya tadi ketika sebelum berjumpa mereka. Tapi masalahnya kenapa jadi tak sama?

Wajahnya yang resah segera disembunyikan. Dia tidak mahu kedua budak lelaki itu ketakutan. Biarlah dia cuba mencari jalan yang lain.

" Jom, kita stop sini dulu. Alatan khemah ada lagi kan? Mungkin kita stay sekejap untuk rehat," cadang Ali Henderson sambil matanya meliar ke sekeliling. Entah mengapa dia terasa tidak sedap hati.

Dia mendongak ke atas langit. Bulan penuh malam ni!

" Tak boleh ke kita terus jalan je?" Soal Aiden yang diam sejak tadi.

Ali tersenyum mendengar suara emas budak lelaki yang dipanggil nama Aiden ini. Tidak seperti seorang lagi, Adrian.. oh Tengku Adrian, mulut dia riuh. Tak berhenti henti bercakap. Berbeza sungguh dengan Aiden.

" Tak boleh Aiden, sebab jalan hutan makin gelap. Susah nak cari arah. Arah daun ke mana pun tak nampak. Bahaya," jelas Ali sambil tangannya giat membuka beg sandangnya. Beg itu memang dibawa kemana sahaja sebagai persediaan untuk perkara kecemasan begini lah.

Aiden dan Tengku Adrian juga mula mengeluarkan barang barang perkhemahan mereka. Satu hal yang mereka pasti, Uncle Ali dihadapan ini memang tidak tahu identiti mereka berdua ini sebenarnya. Itu sudah lebih cukup untuk Aiden sendiri.

Kurang gemar akan perhatian. Dan dia tidak suka dilayan double standard hanya kerana dia seorang Putera Mahkota. Itu lah Aiden Alexander Evan.

Begitu juga dengan Tengku Adrian. Dek kerana rapat dengan Aiden, dia meminta untuk bersekolah yang sama dengan sahabatnya itu. Walau kadang kadang dia perasan bahawa Aiden lebih dipandang guru dek kerana kecerdasannya, dia hanya buat toya. Malas nak layan rasa cemburu yang sering sahaja menyinggah.

Siap sahaja khemah ringkas, (yang ditolong sepenuhnya oleh Ali Henderson, yela apa sahaja yang boleh dilakukan oleh budak berumur 11 tahun), Ali segera mendirikan unggun api kecil untuk menghangatkan mereka bertiga. Malam ni sejuknya lain macam.

" Kalau kat rumah uncle, masa ni uncle tengah monitor kerja sekolah anak anak," ujar Ali sambil mendongak langit. Rindu pula pada rumahnya. Dia melunjurkan kakinya merehatkan dan menggeliat menegangkan postur kakinya .

Ali mengeluarkan satu cebisan kertas dari poket bajunya. Dia merenung cebisan itu dan membawa ke bibirnya rapat. Dicium kertas buruk itu seolah itu lah harta terakhirnya.

" Aiden, Adrian, meh dekat. Uncle nak tunjuk sesuatu.," ajak Ali. Entah mengapa mood berceritanya terlalu terbuka pula pada budak budak dihadapannya.

Tengku Adrian pantas bangun mendapatkan Ali, dan duduk disebelah kanannya. Aiden pula tiada pilihan hanya mengikut secara terpaksa.

Layan je lah. Lagi pun sejak tadi dia berasa tubuhnya lain macam. Panas sejuk panas sejuk seolah tidak berpenghujung.

Aiden merenung cebisan kertas yang dipegang Ali sebaik sahaja duduk disebelah kiri Ali itu.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now