67

10.1K 409 18
                                    


Aiden mengiring ke kiri dan ke kanan dalam posisi baringnya. Matanya langsung tidak mahu tutup. Tidak semena mena fikirannya teringat tangisan isterinya saat Aurora meninggalkan balkoni tadi.

Hatinya tidak tenang mengenangkan peristiwa tadi. Adui, dia sekadar ingin mengajar isterinya sahaja. Mana mungkin dia akan melepaskan mate dia macam tu je. Itu lah belahan jiwanya, cinta hatinya.

Tapi bagaimana kalau dia memang dah angkat kaki tinggalkan aku? Soal Aiden sendirian.

"Saya jadi beban awak ea. Kalau macam tu tak pe lah, esok saya dah tak jadi beban awak dah."

Tidak sayang, sayang bukan beban untuk abang!

Fikiran itu membuatkan Aiden bangkit dari pembaringan. Dikerling jam dinding, sudah 3 pagi. Dia mengambil keputusan untuk ke bilik tetamu tempat isterinya tidur selama beberapa hari ini.

Bilik tetamu itu dibuka mudah. Tiada kelibat sang isteri di katil itu. Aiden masuk dan mencari di bilik air, wardrobe, malahan verandah. Kosong tiada sesiapa.

Aiden cuba mencari di bawah katil, takut isterinya menyorok di situ. Tiada. Aura isterinya juga dirasakan perlahan lahan hilang. Jadi dia memang tiada di sini?

Akhirnya Aiden terduduk di atas katil, kesal kerana terlalu mengikut kata hati dan egonya. Dia lelaki, pemimpin, bakal Raja, suami dan bakal bapa, seharusnya dia memahami mengapa isterinya bersikap demikian. Isterinya dah lah berbadan dua.

Memang patut lah Aurora berperangai macam tu, mungkin kerana perubahan hormon. Sepatutnya dia sendiri kena lebih waras untuk mengawal situasi. Inilah akibatnya apabila terlalu mengikut kata hati.

Aiden mengeluh kasar. Dia harus mencari isterinya kali ini. Aurora perlu berada di sisinya sehingga mati memisahkan mereka.

Lantas dia bangun dan ingin keluar apabila secara tiba tiba pintu dibuka dari luar.

Kelihatan Ruzz masuk ke bilik dan dia kelihatan terkejut melihat Aiden berada dalam bilik tersebut. Namun cepat cepat disembunyikan dan diganti dengan riak biasa. Lantas dia menunduk hormat.

"Tuanku"

Hairan pula Aiden dengan situasi tersebut.

" Kau kenapa masuk ke sini Ruzz?"

" Saya nak ambil selimut Tuanku."

Aiden mengerut dahi. Terlupa sekejap masalah yang dialaminya sekarang. " Untuk siapa? Kenapa?"

Ruzz kelihatan teragak agak untuk bersuara. " Err Tuanku.. untuk...sebenarnya.."

—————————————————————————

Tubuh kecil itu diriba mudah. Rupanya isterinya tidur kat gazebo di taman tasik halaman istana ni. Hai lah Aurora.

Aiden benar benar lega kerana Aurora masih di sini, disisinya. Dia bersumpah tidak akan melepaskan dan mengecewakan isterinya lagi. Ini janjinya.

Diusap usap pipi Aurora yang semakin tembam itu. Seri ibu mengandung. Geram sangat sebab terlalu comel.

Namun usapan itu mengejutkan si empunya diri. Mata Aurora terbuka. Terkerdip kerdip melihat Aiden di ruang penglihatan. Dia mengerut dahi cuba memahami situasi yang berlaku.

"'Abang?"

Aiden tersenyum manis melihat gelagat isterinya. "Ya sayang."

" Kenapa ni abang?"

" Abang yang patut tanya kenapa. Why are you sleep outside? Sayang tu pregnant. Tak bagus berembun kat luar macam ni." Kedengaran nada tegas dalam kata katanya. Sedikit bengang mungkin.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateKde žijí příběhy. Začni objevovat