21

10.3K 380 3
                                    


Aurora Lilly

Aku menangkap pandangan mata Tengku Adrian yang telah menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai, yang betul betul kelihatan marah tahap maksima. Raja seolah olah menarik Tengku Adrian untuk kembali ke tempat duduknya. Apa salah dengan hidangan itu?

Namun seketika kemudian Tengku Adrian seolah olah merenung aku. Tajam. Pandangan marah yang ditunjukkan pada mulanya tadi seolah olah hilang. Aku tak tahu apa yang jadi namun apa yang keluar dari mulutnya berbeza nada.

" Kemas pinggan ini. Aku cuma nak fish and chip sahaja," katanya mendatar.

Aku lantas mengangguk dan mengutip sisa kaca dan makanan yang bersepai. Cepat cepat aku selesaikan tugasku, tak betah aku untuk duduk lama dalam ini. Tambahan pula Tengku Adrian yang tidak putus memandangku seperti dia mengenaliku.

Ke dia kawan Aiden?

Tapi aku tak jumpa dia. Tak pernah jumpa dia. Jantung aku mula berdegup kencang. Tidak pernah aku memikirkan tentang kemungkinan ini.

Adoi kenapa laaa semua ini terjadi..

Sewaktu aku nak keluar sambil menolak troli, Tuanku Permaisuri memegang lengan aku sambil berbisik memohon maaf atas tingkah laku anaknya.

Aku terkedu sebentar dengan sikap humble Permaisuri sambil menunduk hormat. Jauh beza betul dengan anaknya.

Lantas aku menghadiahkan senyuman manis dan keluar perlahan lahan. Namun aku perasan semuanya diperhati oleh Tengku Adrian.

Aku mula terasa resah.

————————————-///////———————————-

Tengku Adrian

Tengku Adrian memerhati gadis kecil molek yang sedang membersihkan makanan yang dia lemparkan ke bawah.

Segalanya bermula apabila dia berang makanannya tidak mengikut spesifikasi yang diingini. Sudah beberapa kali terjadi hal sama. Sebelum ini sudah puas dia mengamuk kerana makanannya selalu tidak sama dengan apa yang dipinta. Yang jadi mangsa kemarahannya adalah pelayan yang menghantar makanan.

Namun dia masih kerap mengunjungi restoran tersebut kerana keenakan masakannya . Cuma untuk kali ini dia membawa kedua orang tuanya yang kebetulan ada urusan bersama Raja Evan di Vinna, menyinggahi di Valley untuk makan tengah hari dan berjumpa keluarga Harley sebelum pulang ke negaranya.

Kali ini masih berlaku hal yang sama dan dihadapannya orang tuanya pula. Mereka ini tidak membaiki sistem ke?

Dia memutuskan untuk berjumpa dengan pengurus tempat ini sebelum dia menyedari pintu dibuka dan kelihatan seorang gadis masuk ke dalam. Tidak dapat menahan kemarahan, lantas ingin dihamburkan kata kata kesat sebelum dia terpana seketika apabila gadis itu menghampirinya.

Cantik. Matanya yang redup berwarna coklat hazel yang menarik perhatiannya. Kulitnya yang putih kemerahan beserta rambutnya yang beralun diikat ponytail menambat lagi jiwa lelakinya.

Dia ini kah yang mengambil order aku tadi? Lembut betul suaranya. Getus hatinya.

"Kemas pinggan ini. Aku cuma nak fish and chip sahaja," kata Tengku Adrian, tiada lagi kemarahan bersisa.

Gadis itu memandangnya tidak berkelip, mungkin terkejut dengan perubahan mood mendadak. Namun diturutkan arahan Tengku Adrian segera.

Tangannya lincah melakukan kerja mengemas serpihan kaca. Tengku Adrian khusyuk memerhati setiap gerakan gadis itu tanpa menyedari Raja Tengku Edward dan Permaisuri Sophie juga memerhatikan tindak tanduk Tengku Adrian.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now