39

10.1K 340 3
                                    


Dua orang lelaki bertubuh kekar terikat di kerusi di tengah tengah satu kawasan dalam bangunan yang luas. Keduanya kelihatan lemah. Kepala terlentok dengan darah di sana sini.

" Bangunlah sial," Zyon menyepak muka salah seorang dari lelaki itu. Tenaga pemain bola sepak negara ini memang kuat. Sampai hampir patah rahang lelaki itu.

" Arghhhhh!" Jerit lelaki itu kesakitan.

Seketika kemudian pintu dibuka dan Mateen Ezkiel masuk bersama 3 orang anak buahnya.

" Mana Aiden," soal Zyon.

Mateen menjungkit dahi, sambil merenung tajam kepada lelaki yang terikat.

" Ada kat luar, dengan Amar," balas Mateen.

Zyon mengangguk. Kuku serigalanya terkeluar. Salah seorang lelaki itu terkejut melihat Zyon.

" Kau siapa hahhh?" Jerit salah seorang lelaki ketakutan itu. Zyon tersenyum sinis melihat ketidakberdayaan lelaki lelaki itu. Hanya berani memegang pistol tetapi kecut. Soalan lelaki itu dbiarkan tidak berjawab.

Sekali lagi pintu utama dibuka. Aiden melangkah masuk perlahan lahan. Wajahnya keletihan sedikit akibat menguruskan isterinya yang pengsan kerana terkejut. Setelah dia meninggalkan isterinya diistana dengan penuh kawalan ketat dan jagaan rapi, serta ceramah dan amukan berjela dilemparkan pada Ayana, baru lah dia datang ke markas rahsianya untuk melunaskan satu lagi hutang tertinggal.

Ayana diharamkan menghampiri kakak iparnya buat sementara waktu, dan juga tahanan bilik untk seminggu. Ya dia memang mengetahui Ayana dalang sebenar Aurora melarikan ke Valley tempoh hari namun dia sengaja merahsiakan kerana ingin lihat sejauh mana Ayana ingin menolong Aurora. Cuma tidak sangka negeri Valley tempat yang dituju.

Raut wajah dingin beku terlukis di wajahnya saat dia masuk ke dalam markas. Perhitungan ingin dilakukan dengan lelaki lelaki biadab yang masih hidup itu. Ketua kumpulan mafia yang tamak. Elok elok uruskan kelab malam, eh sekarang ambil job tembak isteri orang.

Bodoh!

Matanya bersinar dan bertukar cahaya gold. Kukunya sudah bertukar ke serigala, namun ditahan jiwa serigala dari menguasai diri. Dia ingin menyiksa keduanya dahulu. Kerana jika serigalanya menguasai, tiada apa yang boleh dilakukannya.

" Ben dan Jack,"'serunya dingin kepada kedua lelaki yang terikat dihadapannya. Keduanya tunduk membisu. Huh, mafia lembik. Anak anak buah Ben dan Jack semua habis dibunuh mereka. Hanya dua ekor keparat tak guna ini yang tinggal. Markas mereka juga sedang dibakar sehingga tiada sisa yang tinggal.

"'Tch, apasal korang menunduk ni. Kata berani sangat siap bagi arahan suruh tembak isteri aku," sinis Aiden sambil bertinggung dihadapan kedua lelaki itu. Betapa dia ingin merobek jantung mereka tapi sabar. Dia perlu tahu sesuatu.

Pistol Glock-17 dikeluarkan dan diusap usap lembut. Pistol itu dikeluarkan peluru dan diletakkan diatas meja bersama sama peluru.

" Look, aku tak de apa apa kat tangan aku. So jawab soalan aku Ben dan Jack," perlahan Aiden bersuara, menyeramkan aura yang terasa disekeliling Putera Mahkota itu.

" Lahanat mana suruh korang untuk cederakan isteri aku?"

Keduanya senyap tidak berkutik. Aiden menahan senafas. Degil ye.

Kuku serigalanya mula keluar dan....

ZASSS.....

Kesan cakaran terlukis di pipi Jack. Jack mengadu kesakitan. " Arghhhhh"

Aiden mengalih pandangannya kepada Ben yang tertunduk.

" Kau? Apa jawapan kau?"

Ben mengangkat muka dan merenung marah kepada Aiden. Diludahnya hampir kena ke wajah Aiden.
" Sial" cemuh Ben.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now