20

11.4K 369 1
                                    

Aurora Lilly

Aku sampai di hotel terkemuka di ibu negeri Valley. Tristan baru sahaja meninggalkan aku setelah dia menemaniku hingga ke hadapan bilikku. Sebelum itu Tristan berpesan untuk terus menghubunginya atau Ayana sekiranya apa apa berlaku.

Tristan sudahku anggap seperti adikku. Sama seperti Asher.

Tadi sebelum aku bergerak, Ayana memberikan aku dokumen peribadi aku dan wang belanja yang bagi aku agak banyak. Aku boleh cari rumah atau bilik sewa dengan duit sebanyak itu serta belanja untuk sebulan mungkin.

Namun aku masih perlu berjimat cermat walau duit itu jumlahnya banyak.

Untuk sekarang ,aku merancang untuk mencari bilik sewa dan pekerjaan. Namun  tidakku merancang untuk memohon sebagai doktor memandangkan aku belum habis latihan houseman aku. Hmm, keluhku.

Aku tiada kelulusan apa. Setakat lulusan perubatan dari Royal Surgean of Ireland,namun tiada iktiraf latihan, bagaimana aku hendak memohon kerja sesuai.

Aku meletakkan beg kecil aku, dan merancang untuk berjalan jalan sedikit di pusat beli belah terdekat. Mungkin aku boleh bekerja sebagai cashier ke apa ke, dapatlah tambah belanja.

Tapi aku tak berhasrat untuk membuat pekerjaan berkaitan perubatan. Bimbang Aiden boleh mengesanku. Aku harus tidak menonjol sementara waktu. Huhu.

Seminggu kemudian

" Macam mana kau boleh terlepas order tadi Azalea," tengking pengurus aku Cik Suria. Cik Suria memang terkenal dengan sikap panas baran dan perfectionist.

Aku pun tak tahu kenapa aku boleh buat kesalahan itu. Aku rasa order air itu dah masuk ke sistem dan aku dah check 2x namun kenapa boleh hilang? Nasib baik customer tu baik sangat and aku pun dah minta maaf banyak kali. Aku masih kurang cekap lagi sebenarnya dalam urusan sebegini. Adui aku kena banyak belajar lagi.

Cik Suria menengking aku seolah olah aku tempat meluahkan rasa marahnya. Dari awal aku bekerja lagi dia seolah tidak berpuas hati dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa.Tapi aku hanya diam sahaja demi menjaga periuk nasi aku jua. Oh ya, Aku bertugas sebagai pelayan restoran ala French. Gajinya agak lumayan dan aku mencabar diriku untuk mencuba sesuatu yang lain. Latihan houseman kedoktoran itu nanti nanti lah aku mulakan semula. Lagipun untuk sekarang masanya tidak sesuai. Dan seperkara lagi, aku memakai nama samaran Azalea Jasmine, nama samaran yang Hun berikan dahulu, agar semua tidak mengetahui masa silamku.

Yang lalu biarkan berlalu.

" Cik Suria, customer tetap kita datang hari ini. PA dia call sebentar tadi menempah bilik VIP untuk lunch ini," tiba tiba seorang pekerja wanita yang aku kenali sebagai Nadea mmbuka pintu pejabat Cik Suria dan menerpa masuk.

Cik Suria tiba tiba diam dan mengeluh. Namun apabila dia melihat aku, lantas dia tersenyum lebar. Cik Suria dan Nadea seperti bertukar pandangan jahat.

Aku macam tak sedap hati pula dengan senyuman mereka.

" Azalea,saya letakkan awak dalam bilik VIP tengah hari ini. Pelayan khas untuk tetamu istimewa kita," menyeringai wajah Cik Suria sambil memandangku. Nadea disebelahnya tersenyum sinis.

Aku rasa bala bakal datang menimpa.

Setengah jam kemudian baru aku memahami maksud Cik Suria dan Nadea.

Tetamu istimewa yang dimaksudkan itu adalah Tengku Adrian, anak kepada Raja Tengku Edward, dari negara jiran, Amana. Negara Amana bersempadan dengan negeri Valley dan merupakan antara sekutu Erovra juga. Disebabkan negeri Valley ini antara negeri perlancongan, ia menjadi negeri bebas cukai dan rakyat Amana bebas keluar masuk ke negeri Valley menerusi memorandum persefahaman antara kedua negara tak lama dahulu. Oh lupa, negeri Valley diperintah oleh keluarga Harley. Antara keluarga terkenal juga.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now