38

11K 452 22
                                    

2k views sudahhh..thank you korang..vote and support kita tau..

Match bola itu berlangsung pada malam ini namun Aurora seakan tidak senang duduk.

Aiden berkeras tidak membenarkan Aurora turut serta dalam menonton bola. Bukan itu sahaja Ayana juga turut dilarang pergi ke stadium.

Tidak cukup dengan itu, Puteri Bella sekeluarga boleh pula pergi. Aurora betul betul menyampah dengan perempuan itu.

Juga sejak semalam Aiden selalu mendapat panggilan dari seseorang dan berbicara serius. Aurora mengagak dari orang yang sama kerana Aiden sering akan beriak dingin setelah menamatkan talian. Aurora pun tidak berani menegur.

Cara percakapan Aiden pula selalu ringkas sangat dengan seseorang itu dan sukar untuk Aurora meneka apa yang berlaku.

Kadang kadang orang suruhannya keluar masuk memberi satu sampul surat dan Aiden akan mengambilnya serta melihat isi kandungan di pejabat khas dalam istana.

Seolah olah satu perkara serius akan berlaku.

Petang itu, sebelum match bola berlangsung, Aurora monyok kerana Aiden masih tidak membenarkannya keluar menonton match bersama. Namun Aurora malas bergaduh dengan suaminya kerana tahu dia akan kalah. Skill Aiden memujuk itu tahap tertinggi sangat.

Silap langkah, 5 pusingan lagi malam tu. Aurora tidak sanggup. Suaminya ini bukan boleh kira.

Aiden berpesan untuk jaga diri dan memberi amaran kepada isterinya bahawa dia dikawal oleh beberapa bodyguard terlatih.

" Kalau abang tahu sayang buat sesuatu yang abang tak suka, tahu la apa yang abang akan buat. Duduk istana, faham? " tegas Aiden berkata.

Aurora hanya mengangguk lemah.

Namun disebalik anggukan itu, Aurora sudah merangka beberapa perancangan lain bersama Ayana.

Semalam Ayana berbisik untuk mengajak Aurora menonton bola tanpa ada sesiapa yang tahu. Pada mulanya Aurora tidak bersetuju akan cadangan itu memandangkan Aurora tahu benar baran suaminya bagaimana jika perkara ini diketahui.

Namun ajakan Ayana sungguh sukar ditolak. Memandangkan dia sangat sangat jarang keluar dari istana, dan keinginannya untuk menonton match sangat tinggi, akhirnya dia bersetuju.

Selepas Raja Evan, Aiden serta Amar keluar dari perkarangan istana, Aurora lantas memgambil duffle bag yang kecil untuk mengisi pakaiannya. Dia akan menyalin pakaian sejurus sampai di stadium nanti. Mengikut perancangan, mereka akan pulang sebaik sahaja match tamat supaya mereka sempat sampai ke istana lebih awal.

Bunyi macam gila. Tapi mungkin berhasil jika mereka berhati hati dalam melaksanakan rancangan ini.

Permaisuri Tilia pula menganjurkan makan malam bersama sama teman rapatnya. Aurora juga turut serta dalam makan malam itu untuk mengaburi mata bodyguard sebelum membuat alasan dirinya terasa sakit perut dan terus mohon untuk naik ke bilik.

Namun secara cepat dia terus ke bilik Ayana dan dari situ mereka memanjat turun dari balkoni bilik Ayana , menyusur tepi istana perlahan lahan hingga ke basement kereta.

Ayana juga menyembur satu cecair ke seluruh badannya dan Aurora.

" Apa benda tu dik?" Soal Aurora. Tempoh hari semasa mereka hendak ke Valley pun Ayana menyembur cecair yang sama kepadanya.

" Untuk hilang aura. Akak sebenarnya membawa aura dan bau abang Aiden juga. Aura isteri Putera Mahkota. Para serigala jadian boleh tahu itu akak kat stadium nanti kalau akak tak pakai. Cuma abang Aiden sahaja yang boleh tahu itu akak kalau jarak dekat. Sama ada pakai spray ini atau tidak, dia tetap akan kenal akak. Sebab akak dah mating dengannya. Jiwa korang dah sebati sebab ikrar darah tu. Oleh sebab itu kita tidak boleh duduk berdekatan sangat dengan podium diraja. Kita kena duduk jauh di kalangan awam."

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon