68

9.6K 394 10
                                    

Pagi hari perasmian, Aiden seperti biasa tetap juga buat tidak tahu akan pujukan Aurora untuk menukar bodyguard. Hilmi sudah siap sedia kerana dia tahu Cik Puan dia ni bukan biasa biasa. Licik kalau bab merayap.

" Take care sayang, stay with Hilmi. Jangan muncung sangat. Baby ikut perangai sayang kang." Usik Aiden menarik sekilas bibir isterinya. Aurora mengeluh berpura pura marah.

Aih, susah lah macam ni.

Majlis perasmian berjalan dengan lancar. Tiba sahaja di bangunan rumah anak yatin itu, berbaris kanak kanak dan beberapa orang dewasa berpakaian sama bagi menyambut kedatangannya. Aurora seolah teruja. Dia tidak pernah ada pengalaman sebegini. Yela sebelum ini dia kerja di hospital. Ni 360 darjah berubah terus.

Aurora bersalaman dengan pemilik yayasan dan rumah anak yatim, Puan Safura. Wanita separuh umur yang sangat lembut dan baik hati. Puan Safura memuji tingkah laku Aurora yang sangat merendah diri dan baik hati.

" Beruntung Tuanku Putera beristerikan Cik Puan." Kata Puan Safura lembut.

" Tak de la kak. Saya memang macam ni dari dulu," balas Aurora tersengih. Spontan.

Majlis diteruskan dengan kata kata aluan oleh Puan Safura serta persembahan oleh anak anak yatim Yayasan Bakti. Aurora pula memberi ucapan selaku tetamu utama setelah habis persembahan. Sekali gus merasmikan acara perasmian bangunan baru anak anak yatim.

Ramai anak anak yatim kelihatan menyenangi sikap mudah tersenyum Aurora. Aurora melawat diasrama dan juga kelas kelas tuisyen yang diajarkan oleh sukarelawan.

Aurora sempat peruntukan sedikit masa untuk mengajar subjek Sains dan Biologi, subjek kegemarannya ketika di bangku sekolah dahulu.

" Kalau korang nak akak mengajar lagi, korang request lah kat Bonda Safura atau mungkin ke suami akak ke, kot kot dapat kalau korang minta." Kata Aurora, melirik sedikit ke arah Hilmi yang berdiri berhampiran. Hilmi hanya menarik senyum segaris.

Tengok perangai licik Cik Puan dia dah keluar. Nak keluar dari istana.

" Nak.. nak.. nanti Cik Puan ajar lagi tau." Sengih sekejap Aurora. Nahhhh!!! Hehe..

Setelah selesai jamuan majlis perasmian, Aurora ingin ke tandas. Puan Safura serta seorang lagi staf yayasan menemaninya hingga ke sana. Selesai melakukan apa yang patut, dia keluar dari tandas. Aurora menyangka Puan Safura yang menunggunya di hadapan tandas.

Rupanya Hilmi dan beberapa orang lelaki setia menunggu. Aurora terasa malu bukan kepalang.

" Eh kenapa sampai ke sini korang nak iring? Agak agak la."

Hilmi menggaru kepala yang tidak gatal.

" Arahan Putera Mahkota, Cik Puan."

Aurora buat muka dan sempat mendesis, " Melampau betul."

Hilmi hanya tersengih.

———————————————————————————

Aurora perasan jalan ini bukan jalan pulang ke istana. Dikerling Hilmi yang duduk di seat hadapan.

" Hilmi, kita nak ke mana?"

Hilmi berpaling sedikit sambil tunduk hormat.

" Change of plan Cik Puan. Putera Mahkota mengarahkan untuk membawa Cik Puan ke pejabatnya sekarang."

Aurora hanya melopong sekejap. Baru ingat nak suruh ke mall.

" Hilmi, boleh tak singgah ke mall? Saya teringin lah nak makan sizzling."

Hilmi seakan serba salah. Cik Puan ni.....Aiden tu dah la ada sejarah membunuh bodyguard tau.

" Er maaf Cik Puan tapi arahan Putera Mahkota supaya membawa Cik Puan terus ke pejabat tanpa singgah di mana mana."

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateМесто, где живут истории. Откройте их для себя