48

9.3K 371 9
                                    


Puteri Bella hanya tersenyum melihat wajah bekas kekasihnya dihadapannya. Wajah yang amat dirindunya. Wajah yang dahulu memujanya satu ketika dahulu. Biarpun sekarang ini keadaan tidak memihak kepadanya, namun untuk duduk dalam keadaan yang tenang begini tanpa ada gangguan luar, memang menuntut pengorbanan yang besar.

"Kau tak nak makan ke?" Soal Aiden mengerut dahi.

Puteri Bella menggeleng kepala. " I dah makan tadi sebelum ke office you."

Aiden mengangguk kecil.

" By the way thank you sebab memudahkan urusan perbincangan aku dan pihak designer kapal tu. Tak sangka pulak kau kenal dorang," ujar Aiden , tersenyum.

Mana tak nya, perbincangan pihak syarikat designer itu menjadi rakan kerjasama bersama syarikatnya dalam penghasilan kapal marine untuk army user akhirnya menemui titik noktah. Banyak sahaja company designer yang sedia untuk bekerjasama dengan syarikat perkapalan milik Aiden namun Aiden menyedari syarikat Designative US mempunyai ciri ciri yang diingini.

Segera dilobi untuk membuka peluang bekerjasama, dan Puteri Bella memudahkan urusan mereka. Adik CEO Designative US merupakan rakan baik Bella. Tidak diketahui bagaimana Bella boleh mendapat tahu tentang usaha kerjasama ini tapi ini semua tak penting baginya.

Yang penting Bella dah menolongnya dan ini adalah treat untuk membalas kebaikan Puteri Bella.

"Tak ada hal you. I berbangga and happy dapat tolong you," balas Bella tersenyum lebar menampakkan gigi dan menghirup air mango juice.

Ketika itu mereka sedang makan malam di satu restoran mewah menyajikan makanan Barat di Vienna.

Aiden menghabiskan makanan dihadapannya dan lantas teringatkan isterinya Aurora. Bayang isteri yang dirindui tadi langsung tiada di kamar. Sebegini takutkah isterinya padanya.

Teringat kejadian seminggu lepas dimana Aiden pulang ke istana bersama isterinya pada malam Aurora merayu agar Mia dilepaskan.

Malam itu sesuai dengan janji, kelihatan Aurora melayani kehendaknya dengan wajah ketakutan. Boleh lihat wajah Aurora yang bukan seperti kebiasaannya. Dia kelihatan ingin menghabiskan secepatnya dan tidak menikmati langsung. Riak wajah takut itu yang akhirnya membatasi keinginan Aiden menyentuh isterinya semula.

Isterinya terlalu sukarkah menerima dirinya sebegini? Ada tikanya dia akan menjadi terlalu tidak terkawal dek kerana kawalan serigala terhadap tubuhnya. Ada tikanya dia terlalu ekstrim kerana ikrar darah yang telah terpatri. Dia sudah berjanji untuk menjaga Aurora maka haruslah dia membayar harganya walau macam mana pun.

Ada kalanya dia boleh menjadi sweet lovey dovey potong kaki, kerana emosi manusia yang dirasa. Adakalanya dia akan menjadi cemburu luar biasa kerana sikapnya yang primal, tidak suka berkongsi apa yang menjadi haknya.

"So macam mana dengan next step, Aiden? Should I attend it?" Soal Bella, cuba bertanya. Mana lah tahu Aiden akan membenarkan dirinya turut serta dalam perbincangan kedua nanti.

" Sure," balas Aiden sepatah, mematahkan lamunan yang makin mendalam. Puteri Bella mula tersenyum dalam diam. Apa yang dirancangnya mula menampakkan hasil. Tinggal menuang baja je.

———————————————————————————

Aurora terserempak dengan Ayana ketika dia sedang dalam perjalanan ke library. Keduanya bersorak gembira apabila berjumpa kerana perintah tahanan bilik Ayana sudah pun tamat beberapa hari yang lalu. Aiden sukar juga nak mengekang kedua mereka almaklumlah berada dibawah bumbung yang sama jadi dia membenarkan je la kedua mereka bertemu.

Aurora sudah janji tidak akan mengulang kembali  perbuatannya. Dia pun dah serik sebenarnya untuk mengingkari lagi. Tak nak kena gantung macam Puteri Mia.

Aurora's Fate - Alpha Prince's MateWhere stories live. Discover now