I - PROLOGUE

147 23 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ Hari ini, hari dimana semua perancangan hidupnya berubah 360 darjah. semuanya berubah dengan sekelip mata. dia perlu membina semula pelan hidupnya.

"Aku terima nikahnya, Irisy Zhulaiqa binti Mohd. Fauzan dengan mas kahwin RM 500 tunai."

Dengan sekali nafaz, hubungan diantara Irisy Zhulaiqa dan lelaki itu terjalin. Si suami menoleh kearah pengantin perempuan. Segaris senyuman diukir buat gadis itu.

Walaupun majlis pada hari itu bukanlah atas rasa kasih dan cinta diantara mereka tetapi rasa ketika si lelaki melafazkan akad tadi sungguh ikhlas.

Perlahan - lahan pengantin lelaki itu bangun lalu berjalan kearah gadis yang baharu bergelar isterinya itu. Dia melutut dihadapan Irisy.

"Saya mahu solat sunat dahulu, ya?" pinta si jejaka.

Irisy mengangguk. Bibirnya diketap rapat. Seterusnya, lelaki itu bangun lalu berjalan kearah barisan saf hadapan masjid. Sebelum melakukan acara membatalkan wudhu', dia mahu solat terlebih dahulu.

Ketika majlis perkahwinan yang lain dipenuhi dengan kegembiraan, majlis kahwinnya pula bertentangan dengan itu. Dia sungguh tidak mahukan perkahwinan ini.

Semua ini bukanlah seperti yang dia rancang. Rencananya hancur. bahkan dirinya ikut hancur bersama dengan rencana sendiri.

Dia cacat.

Dia hanya boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda.

Dia bukanlah Irisy Zhulaiqa yang mampu berdiri dengan sendiri lagi.

Kini, dia memerlukan bantuan dan ihsan orang lain untuk meneruskan hidupnya.

Dan orang itu adalah lelaki yang barusan bergelar suaminya itu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Represent, Sempurna by Jaeryana.

- 100% Jaeryana's original idea
( kalau ada yang terbaca atau terjumpa cerita yang sama alurnya, please directly dm me, thank you )

SempurnaWhere stories live. Discover now