II - 15

45 12 1
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI BELL rumah kedengaran memenuhi rumah teres dua tingkat tersebut. Irisy tersentak. Pantas wanita itu membelek penampilannya buat kali terakhir sebelum dia melangkah ke arah pintu utama rumahnya.

Daun pintu ditarik oleh Irisy daripada dalam. Sebaik sahaja daun pintu terbuka, figura seorang anak kecil sudah pun berdiri dihadapan pintu rumahnya.

Ditangannya terdapat sebuah beg sandang tepi  yang dipenuhi dengan bunga tulips berwarna kuning. Beg tersebut dihulurkan kepada Irisy.

 Beg tersebut dihulurkan kepada Irisy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Abi bagi.” ujar Hairell bersama dengan sengihan kecil.

Wanita itu tidak banyak cakap. Beg berisi bunga tersebut diambil daripada tangan kecil itu. Kemudian, Irisy mengangkat wajahnya.

Senyuman kecil terukir pada wajah cantik itu. Lelaki yang berdiri  diluar pagar rumahnya itu dipandang lama.

Hazaen melambaikan tangan kanannya. Seketika kemudian, Irisy kembali menundukkan pandangannya. Entah kenapa dia terbawa - bawa suasana.

Hairell yang berada dihadapannya itu dipandang, “Comelnya, Arell.”

“Abi yang siapkan Arell!” ujar anak kecil itu, girang.

Semakin lebar senyuman yang terukir pada wajah wanita itu. Tangannya naik mengusap kepala anak lelakinya itu.

Pandai betul Hazaen menggayakan Hairell. Anak lelaki itu mengenakan baju-T berwarna putih dan diluarnya tersarung knit-vest berwarna coklat cair serta seluar berwarna coklat senada dengan vase-nya.

Tetapi dia tidak terkejut sama sekali. Hazaen seorang model ternama. Pasti lelaki itu sangat handal dalam hal - hal menggayakan pakaian.

Sebaik sahaja mengunci pintu rumah, Hairell meraih tangan si ibu. Langkah diatur ke arah Hazaen yang sudah berada diluar.

Setiba sahaja dihadapan Hazaen, Hairell melepaskan pegangan pada tangan Irisy. Anak kecil itu terus melangkah masuk ke dalam kereta.

Dibiarkan ibu dan ayahnya berdua - duaan diluar kereta sebentar.

Sepasang manusia itu saling bertukar pandangan. Senyuman manis, Hazaen kuntumkan buat Irisy.

Wanita bertudung beige itu mengenakan dress labuh berwarna putih.

I never know yang Irisy Zhulaiqa bakal kelihatan jauh lebih cantik jika bertudung.” puji lelaki yang lebih tinggi daripada Irisy itu.

Pandangan redup dan suara garau lelaki itu berjaya mengubah rentak detak jantung Irisy. Senyuman kecil dikuntumkan buat si lelaki.

“Terima kasih. Arell pun comel juga. I never know yang awak quite good dalam menggayakan someone.” ujar Irisy bersama dengan sengihan kecil diakhir ayatnya.

Serentak dengan itu, senyuman manis milik Hazaen berubah kepada cemberut, “Cis, ingat nak puji saya handsome tadi.”

Irisy mengekehkan tawa kecil. Wanita itu mengangguk sebelum membuka mulutnya, “Ya, tetapi sedikit aja lah.”

SempurnaWhere stories live. Discover now