I - 27

36 16 2
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ IRISY MENGGUMAM kecil. Seharian ini dia langsung tidak bercakap dengan Hazaen. Sejak kejadian petang tadi, dia hanya mendiamkan Hazaen.

Bila Hazaen bertanyakan soalan, dia hanya menggumam sebagai jawapan. Bahkan memandang wajah Hazaen pun dia tidak mahu.

Klak.

Pintu bilik air dibuka. Serentak dengan itu, Irisy memandang kearah muka pintu bilik air. Hazaen melangkah keluar daripada bilik dengan hanya bertuala separas pinggang.

Namun lelaki itu sudah itu pun menyarungkan hoodie berwarna hitam polos.

Anak mata kedua - duanya bersambung. Hazaen menguntumkan senyuman kecil sebelum lelaki itu melangkah kearah almari baju. sehelai seluar ditarik keluar olehnya. Kemudian, Hazaen kembali masuk ke dalam bilik air semula.

Selang lima minit, Hazaen melangkah keluar daripada bilik air. Lelaki itu sudah pun selesai mengenakan seluar track hitam.

"Esok Aya dengan Yad mahu datang melawat. Awak beri tak mereka datang jenguk awak?" soal Hazaen. Langkah diatur kearah katil.

"Inikan rumah awak. Suka hati awaklah nak beri atau tidak."

"Pembetulan, rumah kita." ujar Hazaen. Perkataan 'rumah kita' kita itu sengaja ditekan kuat oleh Hazaen.

Hazaen mengeluh kasar. Dia merapatkan jaraknya dengan Irisy. Bahu gadis yang separa duduk itu ditarik supaya bersandar padanya.

"Saya minta izin pada awak sebab mereka nak datang melewat awak. Kalau awak tak selesa atau tak mahu bertemu dengan mereka, saya boleh beritahu Yad untuk datang lain hari." jelas Hazaen. Lembut sahaja nada suara yang digunakan olehnya.

"Jemput sahajalah." putus Irisy. Gadis itu masih lagi tidak menoleh kearah Hazaen.

Sekali lagi Hazaen mengeluh. Tubuh Irisy ditarik masuk ke dalam dakapannya. Dielus lembut belakang tubuh isterinya itu.

"Saya minta maaf perihal petang tadi. Saya cuma mahukan yang terbaik untuk awak. Itu sahaja, cherie."

Irisy yang berada dakapan Hazaen itu hanya menggumam kecil. Tiada hek, tiada hok. Hanya 'hm' sahaja sebatas jawapan.

"Tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya yang awak ini menyusahkan. Saya tak pernah sedikit pun menyesal gantikan tempat Hazael. Saya ikhlas untuk ambil alih tanggungjawab dia pada awak. Saya ikhlas untuk jaga awak."

"Berhenti fikir yang saya penat uruskan awak hari - hari. Berhentilah berfikir yang awak itu beban kepada saya. Saya ikhlas jaga awak. Saya ikhlas juga jadi suami awak walaupun semuanya berlaku secara tiba - tiba." luah Hazaen. Semakin erat lelaki itu mendakap Irisy.

"Kalau saya rasa awak menyusahkan saya, daripada dulu lagi saya tolak untuk gantikan tempat Hazael." tambah Hazaen lagi.

Irisy hanya diam. Gadis itu tidak tahu harus memberikan reaksi apa kepada Hazaen. Bohonglah kalau dia tidak tersentuh dengan kata - kata yang meniti daripada Hazaen sebentar tadi.

"Saya tak sempurna, Jen." akhirnya, Irisy membuka mulut.

Laju sahaja Hazaen menggelengkan kepalanya, "Awak dah cukup sempurna, Irisy Zhulaiqa."

"Saya cacat, Hazaen."

"No, you aren't."

"Saya tak boleh berjalan macam dahulu lagi. Yang saya boleh lakukan sekarang adalah menyusahkan awak. Setiap masa── bahkan setiap sangat... saya perlukan bantuan awak untuk ke mana - mana." keluh Irisy.

"Dan benda itu pasti menyusahkan awak." sambungnya lagi.

"Tak, cherie. Berhenti rasa diri awak itu menyusahkan bagi saya. Saya suami awak dan awak isteri saya. Sudah jadi tanggungjawab saya untuk jaga awak dengan baik." nafi Hazaen.

SempurnaWhere stories live. Discover now