EPILOGUE

54 14 12
                                    

ᶻ 𝗓 𐰁 : p/s - baca slow - slow biar kena dengan lirik lagu.


ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ IRISY DUDUK dibangku luar bilik persidangan. Masih berbaki beberapa minit sebelum penyataan kes diantara dirinya dan Hazaen.

"Kau masih ingat sewaktu kau lumpuh dulu? ada satu hari itu Jen pulang ke rumah dengan muka yang penuh dengan luka."

Irisy mengangguk. Kisah itu── sampai ke hari ini dia masih belum tahu bagaimana Hazaen mendapatkan luka tersebut.

"Sebenarnya, hari itu dia dapat tahu tentang kepulangan Eleanor dan Hazael ke rumah bonda semula. Tengah hari itu, dia ke rumah buat bertemu dengan Hazael. End up, mereka bergaduh. Daripada situlah Jen dapat luka - luka itu."

"Dia bengang sebab Hazael tinggalkan kau begitu sahaja. Tanpa khabar, tanpa berita. Tiba - tiba sahaja hilang── lesap macam itu aja." cerita Dayana.

Dia menggumam kecil. Penjelasan Dayana tempoh hari masih lagi bermain dalam fikirannya.

Irisy tertawa hambar. Dia melagutkan kepalanya. Hari ini, hari dimana kedua - duanya telah mendapatkan kata sepakat buat mengakhiri hubungan mereka.

Atau lebih tepatnya, Irisy tidak bersetuju langsung dengan keputusan yang dibuat oleh ayahnya, Encik Fauzan.

Baginya, keputusan yang dilakukan oleh Encik Fauzan itu hanyalah sekadar mengikut perasaan dan tidak berfikir terlebih dahulu.

Puas Irisy memujuk Encik Fauzan supaya menarik semula kes penceraian mereka. Namun lelaki itu tetap bertegas dengan keputusannya.

Hahaha itulah kau, Irisy. Waktu orang itu ada, tak mahu hargai. Dah jadi macam ini barulah sibuk nak baiki semula. kelutuk hatinya.

Bunyi derapan kaki menerjah gegendang telinga Irisy. Spontan wanita itu mengalihkan pandangannya kearah sumber bunyi.

Daripada jauh, sudah kelihatan ahli keluarga Hazaen sedang berjalan menuju kearah bilik persidangan.

Setiba sahaja dihadapan bilik persidangan, Puan Intan menolak lembut tubuh anak sulungnya itu supaya menghampiri Irisy.

Hazaen sekadar akur. Lelaki bertubuh bagus itu menapak kearah Irisy yang sedang duduk diatas dibangku tersebut.

Bingkas Irisy bangun daripada duduknya. Irisy mendongak dan Hazaen menundukkan. Senyuman manis dikuntumkan buat Irisy.

"Kita betul - betul mahu akhiri semuanya hari ini?" soal Irisy. Gadis itu masih lagi berharap untuk Hazaen lari bersama - sama dengannya.

"Bukan ini ke yang awak mahu daripada awal? Lepas daripada saya dan kembali semula kepada Hazael?"

"Jen──"

"Saya dah tak nampak masa depan kita berdua dalam rumah tangga ini lagi, Irisy. Saya redha dan ikhlas dengan semua ini. Jadi awak pun perlu ikhlas." bidas Hazaen.

"Saya masih mahukan awak, Hazaen Idham."

"Tetapi saya tak Irisy."

Irisy tersentak. Air mata mula bergelinang pada tubir matanya. Sakit, sungguh sakit. Hazaen memang benar - benar sudah berputus asa dengan dirinya?

"Jangan menangis Irisy. Saya tak suka tengok awak menangis." pujuk Hazaen. Lelaki itu menapak menghampiri Irisy.

Namun dia hanya menapak. Tidak bagi menyentuh gadis itu. Kalau sebelum ini jika Irisy menangis, dia bakal membawa gadis itu ke dalam dakapannya. Tetapi tidak bagi hari ini. Dia membiarkan sahaja gadis dihadapannya itu.

SempurnaWhere stories live. Discover now