II - O8

41 11 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  DERAPAN KAKI milik Hairell kedengaran jelas. Anak kecil itu berlari kearah Irisy bersama dengan telefon pintar ditangannya.

“Umii, ada orang call umii!”

Hairell semakin menghampiri si ibu. Telefon pintar milik ibunya dihulurkan kepada si ibu.

Wanita yang sedang bersiap itu mengambil telefon pintarnya. Tanpa melihat nama si pemanggil, Irisy menjawab panggilan tersebut.

“Ya, hello?”

“Saya dah ada depan rumah awak. Bukan ke hari ini tiga penjuru Arell? Awak dah siap belum?”

Irisy mengerutkan dahinya. Telefon pintarnya dijauhkan daripada kuping telinga. Nama si pemanggil dibaca oleh Irisy. Kemudian, telefon pintar tersebut kembali diletakkan pada kuping telinganya.

“Saya dah siap. Lima minit lagi saya turun.” ujar Irisy sembari menamatkan panggilan.

Telefon pintarnya diletakkan ke atas meja berias. Wanita itu memusingkan tubuhnya menghadap katil. Hairell yang duduk pada birai katil itu dipandangnya.

“Arell boleh tak turun bawah dahulu? Abi dah ada dekat luar. Arell suruh abi masuk dulu, boleh? Umi nak bersiap.” pinta Irisy.

“Abi dah sampai?” soal Hairell.

“Iya, abi dah sampai. Abi ada dekat bawah.”

Tak perlu ambil masa yang lama, Hairell terus melangkah turun daripada katil. Anak lelaki itu berlari menuruni anak tangga. Pintu utama rumah menjadi tujuan Hairell.

Dengan susah - payah, Hairell menjengkit bagi membuka daun pintu. Selesai membuka pintu, figura seorang lelaki yang sedang bersandar pada pintu kereta menjadi santapan Hairell.

Hairell mengukir senyuman lebar. Dia terus berlari kearah figura tersebut, “Abi!”

Hazaen tersentak. Susuk tubuh yang sedang berlari kearahnya itu dipandang. Telefon pintar milinya dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum dia melangkah kearah pagar rumah Irisy.

Lelaki itu membantu Hairell membuka pintu pagar. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka, Hairell melulu kearah Hazaen. Tubuh kekar itu dipeluk erat olehnya.

Spontan, Hazaen membawa figura mini itu ke dalam dukungannya.

“Arell rindu abi.” ujar Hairell.  Wajahnya disembamkan pada bahu lebar si ayah.

“Abi pun rindu Arell.” balas Hazaen. Pipi gebu itu dikucup sekilas olehnya.

“Umi suruh abi masuk dahulu. Umi tengah bersiap.”

“Tak apalah, abi tunggu luar aja.” tolak Hazaen.

Tak manis pula jika masuk dan menunggu Irisy di dalam. Wanita itu bukan lagi isterinya── secara tidak langsung mereka bukan lagi mahram.

“Panaslah tunggu luar, abi. Masuklah dulu.” ujar Hairell lagi.

Lagi - lagi Hazaen menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Kanak - kanak lelaki dalam dukungannya itu diturunkan.

“Umi lama lagi ke?” soal Hazaen.

“Tak tahu tetapi tadi umi dah siap pakai tudung.”

“Kalau macam itu abi tunggu luar ajalah.” putus Hazaen.

Hairell mencebik. Wajah tidak puas hati dipamerkan, “Kenapa abi tak nak masuk?”

“Tak apalah. Abi tunggu luar je. Arell pergi masuk── tinjau umi. Tengok umi dah siap ke belum.” arah Hazaen.

Baru sahaja Hairell mahu melangkah masuk ke dalam rumah semula, Irisy sudah pun muncul pada muka pintu.

Dia memandang kearah lelaki yang berada disamping kereta itu. Kemudian, pandangannya jatuh pada anak lelakinya.

SempurnaWhere stories live. Discover now