II - 13

37 12 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI DERAPAN kaki jelas kedengaran menerjah gegendang telinga. Keluhan berat dilepaskan. Tubuhnya dipusingkan menghadap sumber suara derapan kaki yang tadinya.

“Sebentar! Boleh tak kalau Jen luangkan sedikit waktu untuk temu bual hari ini?”

Hazaen mengukir senyuman kecil. Lelaki itu mengangguk sebagai tanda setuju. Akhirnya, pihak media menjumpainya.

Keadaan dilobi syarikat ayahnya kini dipenuhi dengan pihak media. Entah macam mana pihak media tahu bahawa Hazaen berada disitu pun, Hazaen kurang pasti.

Mikrofon disuakan kearah Hazaen oleh seorang wartawan, “Boleh saya dapatkan penjelasan bagi isu lima tahun lepas dan isu yang masih lagi menghangat sekarang?”

Hazaen mengangguk, “Boleh.”

“Soal isu kencan lima tahun lepas, adakah wanita yang bersama dengan Jen merupakan wanita yang sama dalam isu sekarang?” soal wartawan tersebut.

“Bukan, Wanita dalam isu kencan lima tahun lepas bukanlah wanita yang sama dengan wanita dalam isu tahun ini.”

“Boleh saya tahu apa hubungan wanita lima tahun dengan Jen? Dan apa pula hubungan Jen dengan wanita dan seorang anak kecil tempoh hari?” soal wartawan itu lagi.

Soalan itu berjaya mendiamkan Hazaen sebentar. Lelaki berprofesi sebagai model itu menggumam kecil.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ KAU INI bengaplah, Jen. Kau gunalah peluang yang ada ini untuk dapatkan Irisy semula. Kata nak kahwin balik dengan Irisy.”

“Apa maksud kau dengan peluang yang ada? Kau nak suruh aku buat apa dengan pihak media?” soal Hazaen kurang faham. Lelaki itu membetulkan posisi duduknya.

Aidan menjungkitkan sebelah keningnya. Senyuman penuh makna terukir pada wajah tampan lelaki tersebut.

“Kau sungguh nak Irisy semula ke tak ini? Kalau nak, usaha lebih sikit, Jen. Orang perempuan ini lebih suka kalau kita usaha lebih untuk dapatkan dia. Nanti barulah dia rasa diri mereka dihargai── tak murah.” jelas Aidan.

Hazaen mengerutkan ruas dahinya, “Maksud kau?”

“Orang perempuan ini nilai dia mahal, Jen. Kalau kita usaha untuk dapatkan mereka, mereka bakalan rasa diri mereka berharga. Lain pula kalau kita usaha sekadar cikai - cikai. Nanti pasti mereka berfikiran bahawa diri mereka murah sebab mudah jatuhkan hati pada kita yang usahanya yang sedikit.” Aidan memperjelaskan kembali ayatnya supaya difahami oleh Hazaen.

Hazaen mengangguk faham, “Aku sedang usahalah ini.”

“Baguslah kalau kau sedang usaha. Ha, meh sini rapat sikit. Aku nak bisik peluang yang kau boleh lakukan nanti.”

Hazaen merapatkan kedudukannya dengan Aidan. Kuping telinganya didekatkan dengan lelaki tersebut.

“Nanti kau serah sahaja diri pada pihak media. Sewaktu wawarcara dengan pihak media, kau beritahu pihak media siapa sebenarnya Irisy dan Hairell.” jelas Aidan.

Hazaen mengerutkan dahinya. Dia kurang faham dengan cadangan Aidan itu, “Kau nak suruh aku beritahu yang aku dah bercerai ke apa?”

“Bukanlah, gila! Kau ini apa bengap sangat? Kau beritahulah dia isteri kau. Cuma kau orang belum buat majlis sanding sahaja. So, lepas itu kau umumkan lah yang kau mahu bersanding tak lama lagi.”

SempurnaWhere stories live. Discover now