II - O4

40 12 18
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ MALAM NANTI saya datang jemput awak. Kita ke rumah ibu sama - sama.”

“Tak perlu. Saya boleh drive sendiri.” tolak Irisy. Nada suara gadis itu kedengaran agak kasar.

“Saya tak tanya pendapat awak, Irisy. Setuju atau tidak, awak tetap kena pergi dengan saya.” tegas Hazaen.

Spontan wanita itu berdecit kasar, “Kita dah tak ada apa - apa hubungan, Hazaen. Berhenti bersikap seolah - olah awak masih lagi suami saya.”

“Betul, saya bukan lagi suami awak dan awak bukannya isteri saya. Tetapi kalau saya mahu, sekarang juga kita boleh nikah semula.”

“Berhenti berangan, Hazaen.” bidas Irisy. Tanpa berlengah wanita itu segera membuka pintu pagar rumahnya.

Kemudian Irisy kembali menoleh kearah Hazaen. Hairell yang berada disamping Hazaen itu dipanggilnya.

“Salam abi cepat. Lepas itu kita masuk rumah.” arah Irisy.

Wanita itu telah pun berjaya membuka pintu pagar rumahnya. Irisy bercekak pinggang sambil menunggu Hairell menyalami tangan si ayah.

Dalam diam, Hazaen menyungging senyum. Mengaku juga dia ‘abi’ kepada Hairell. Ingatkan tak nak mengaku dah.

Hazaen melutut dihadapan Hairell── menyamakan tinggi diantara kedua - duanya. Tangan kanannya dihulurkan kepada Hairell.

Huluran tangan Hazaen, Hairell sambut. Dikucup lembut kekura tangan si ayah sebelum anak lelaki itu memeluk erat ayahnya.

Hazaen mengukir senyuman kecil. Tangannya naik mengusap kepala anak lelakinya itu. Dikucup ringkas pipi Hairell.

“Dengar cakap umi. Malam nanti abi datang lagi.” ujar Hazaen.

Hairell mengangguk faham. Dia mula melangkah masuk ke dalam rumah bersama dengan si ibu. Cepat Irisy menutup pintu pagarnya.

“Malam nanti pukul lapan setengah saya datang jemput awak. Jangan lewat.” pesan Hazaen dan Irisy hanya mengangguk.

Sebaik sahaja bayang ibu dan anak itu hilang disebalik pintu rumah, barulah Hazaen melangkah masuk ke dalam keretanya.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DI SEBELAH lainnya, Irisy meninjau sama ada kereta berpacuan empat roda itu sudah pergi daripada perkarangan rumahnya atau belum.

Ternyata kereta Hazaen sudah pun meluncur pergi daripada kawasan perumahannya itu. Irisy mengeluh perlahan.

Kenapa setelah lima tahun, dia perlu bertemu semula dengan Hazaen? Dan sumpah perkara yang paling menyakitkan hati apabila Hazaen bersikap seolah - olah tidak pernah terjadi apa - apa diantara mereka.

Seolah - olah mereka masih lagi sepasang suami isteri seperti lima tahun lalu.

Benar, memang waktu itu salahnya kerana terlalu ego dan mengikut perasaan tetapi Hazaen juga salah. Lelaki itu sedikit pun tidak membantah keputusan ayah ketika itu.

Dia menerima sahaja yang kononnya jalan penyelesaian yang disyorkan oleh Encik Fauzan tanpa sedikit pun mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Irisy mengeluh perlahan. Bukannya dia tak perasan akan tingkah Hazaen. Bermula dengan cincin kahwin mereka yang masih lagi tersarung pada jari manis lelaki itu hinggalah ke kata laluan iPad dan telefon pintar lelaki itu.

Masih lagi sama dan tidak berubah. Termasuklah dengan latar belakang layar telefon Hazaen. Semuanya masih sama. Tiada yang berubah pun.

Penampilan Hazaen juga sedikit berbeza daripada lima tahun lepas. Lelaki itu memotong rambutnya dan menggayakan dengan undercut hairstyle. Hazaen juga kelihatan sedikit susut daripada sebelumnya.

SempurnaWhere stories live. Discover now