I - 2O

42 17 13
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ HAZAEN TERTAWA halus. Irisy yang sudah lelap diatas meja itu dipandangnya. Penat sangatlah itu usha isi dalam telefon pintar Hazaen. Sampai terlelap gadis itu dibuatnya.

Hazaen menggelengkan kepalanya. Tangannya naik mengusap kepala Irisy, lembut. Telefon pintarnya yang berada dalam pegangan Irisy itu diambil.

Lagi - lagi Hazaen dibuat tertawa apabila layar dihidupkan. Irisy membelek page Instagram Hazaen rupanya.

Dia keluar daripada aplikasi Instagram. Kemudian, aplikasi kontak telefon dibuka. Nama kontak Irisy dicari.

Berkerut ruas dahi Hazaen. Nama kontak Irisy langsung tidak dijumpai. Hazaen diserang rasa bingung.

Apalah nama yang disimpan oleh Irisy buat kontak gadis itu sendiri. Hazaen masih terus mencari.

Kemudian, senyuman kecil terukir pada wajahnya.

"Baby." sepatah nama panggilan itu disebut. Hazaen tertawa kecil.

Patutlah susah nak jumpa. Hazaen menggelengkan kepalanya. Telefon pintarnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Tubuh kecil yang tertidur pulas itu dicempung oleh Hazaen. Dengan langkah tertib, Hazaen menapak kearah ruang tamu. Tubuh kecil itu diletakkan keatas sofa.

Hazaen bersimpuh dihadapan sofa. Wajah pulas isterinya dipandang. Helaian rambut yang menutupi wajah Irisy, Hazaen selitkan ke belakang telinga gadis itu.

Jam pada dinding Hazaen kerling. Sudah hampir pukul satu setengah petang. Tetapi Irisy masih belum makan ubat lagi. Gadis itu perlu makan bubur terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.

Keluhan kecil terbit daripada ulas bibir Hazaen. Rasa bersalah pula mahu ganggu gadis yang sedang diselimuti lena itu.

Tetapi bila difikirkan balik, memang sudah sampai masa untuk isterinya itu makan ubat. Bahu Irisy, Hazaen tepuk lembut.

"Irisy... bangun makan dahulu."

Tidaklah terlalu sukar untuk mengejutkan seorang Irisy. Sekali bersuara terus sahaja Irisy membuka kelopak matanya.

Wajah Hazaen merupakan perkara pertama yang dilihatnya sebaik sahaja membuka mata. Lelaki tersebut mengukirkan senyuman kecil buat Irisy.

"Penat sangat ke usha isi dalam phone saya sampai terlelap?" soal Hazaen berbau gurauan.

Irisy mencebik. Huh, dia baru sahaja bangun tetapi sudah dibahan oleh Hazaen. Irisy memutarkan bola matanya keatas.

"Bukannya ada benda yang menarik pun dalam phone awak itu." nafi Irisy.

"Oh, ya? Bahkan feed Instagram saya pun tak menarik bagi awak?"

Pap!

Dada Hazaen menjadi mangsa pukulan Irisy. Kemain suka lagi lelaki itu menyakatnya.

"Nanti saya send gambar - gambar itu pada awak ya?"

Irisy mengerutkan dahinya, "Gambar apa?"

"Gambar yang ada dekat page Instagram saya lah."

"Hazaen!"

Hazaen melepaskan tawanya. Tangan naik mencuit pipi Irisy. Lucu melihat wajah cemberut isterinya yang satu itu.

"Iyalah, maaf maaf. Saya janji saya buat lagi." ujar Hazaen bersama dengan kekehannya.

"Auch, Irisy! Okay okay, sorry! "

Kali ini, Irisy tidak memukul Hazaen tetapi mencubit kasar perut lelaki itu. Namun agak kesusahan bagi Irisy untuk memulas perut lelaki itu.

Pergelangan tangan Irisy, Hazaen tangkap. Kemudian, terus tubuh kecil itu dicempung olehnya. Tubuh kecil itu dibawa ke dapur.

SempurnaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora