II - O6

39 12 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  PINTU KERETA dibuka oleh Hazaen daripada luar. Selepas sahaja Irisy melangkah keluar daripada perut kereta, pintu kereta ditutup semula oleh Hazaen.

Sementara Irisy membuka pagar rumah, Hazaen membuka pintu kereta dibahagian penumpang belakang lalu mendukung tubuh Hairell. Pintu kereta kembali ditutup.

Hazaen menurunkan Hairell ke bawah sebaik sahaja pintu pagar dibuka oleh Irisy. Kemudian lelaki itu beralih kepada Irisy.

“Awak mahu saling tukar nombor telefon?” soal Hazaen kepada Irisy.

Irisy menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Sebenarnya, dia tidak mahu terus - menerus berhubung dengan Hazaen.

“Arell, salam abi. Abi dah nak balik.” arah Irisy.

Anak kecil itu berjalan kearah Hazaen semula. Tangan kanan Hazaen, Hairell capai lalu dikucup ringkas kekura tangan si ayah. Seterusnya, tubuh kekar itu dipeluk oleh Hairell.

“Kenapa abi tak tinggal dengan umi sama macam abi Yad dengan mama Aya?” soal Hairell.

Soalan yang diajukan oleh Hairell itu berjaya membuat sepasang manusia berlainan kelamin itu saling bertukar pandangan.

Irisy menggelengkan kepalanya── meminta Hazaen untuk tidak memberitahu Hairell perihal penceraian mereka lima tahun lalu.

Hazaen sekadar mengangguk. Setelah itu, dia menoleh semula kearah Hairell. Tubuh kecil itu dileraikan daripada pelukannya.

“Abi kerja, sayang. Nanti kalau kerja abi dah selesai semuanya, kita boleh duduk serumah macam abi Yad dengan mama Aya. Buat masa ini, tak boleh dulu.” jelas Hazaen kepada anak kecil itu.

Pantas Irisy menarik Hairell menjauh daripada Hazaen, “Jangan janji benda yang bukan - bukan pada Arell. Awak fikir bagus ke beri ‘harapan palsu’ pada budak kecil?”

“Siapa yang bagi harapan? I said what i said, Irisy.” ujar Hazaen seraya berdiri daripada posisi melututnya.

“Arell masuk dulu. Umi nak berbual dengan abi kejap. Nanti umi masuk rumah.” arah Irisy. Anak kecil itu hanya mengangguk. Tanpa berlengah Hairell berlari masuk ke dalam rumah.

Wanita itu mendengus kasar. Selang beberapa saat, Irisy menghulurkan tangan kanannya kepada Hazaen.

Huluran tangan Irisy, Hazaen pandang bingung. Ini dah kenapa pula ini?

“Awak nak suruh saya buat apa dengan tangan awak?” soal Hazaen bingung.

“Bak sini telefon awak.” pinta Irisy.

Tanpa ragu, Hazaen menyerahkan telefon pintarnya kepada Irisy. Laju sahaja Irisy mengambil telefon lelaki tersebut.

Seketika kemudian, Irisy diam. Layar skrin Hazaen dipandang kosong, “Apa password dia?”

“Dua satu, satu dua.”

Irisy tersentak. Kemudian, wanita itu cepat - cepat mempamerkan reaksi datarnya. Nombor yang Hazaen sebut itu──

Sama seperti tarikh kahwin mereka dahulu.

Dan kata laluan lelaki itu tidak pernah berubah sejak lima tahun lepas. Paling mengejutkan sekali, Hazaen masih lagi menggunakan gambar kahwin mereka sebagai latar belakang layar telefon lelaki itu.

Irisy berdecit kecil. Apa guna menghilangkan diri selama lima tahun tetapi tak boleh move on? Sia - sia betul masa yang dibuang itu.

Wanita itu menghulurkan telefon pintarnya kepada Hazaen, “Masukkan nombor awak dalam phone saya. Cepat.”

SempurnaWhere stories live. Discover now