I - 45

38 14 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ JAM YANG tertera pada layar telefon Hazaen, Irisy kerling. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi.

Secara tak langsung, hari ini sudah pun hari ke-lima mereka menjalankan perang dingin dan masih berbaki dua hari lagi sebelum perang dingin itu tamat.

Irisy mengeluh perlahan. Hazaen yang sedang beratur itu dipandang lama. Dia tidak tahu mahu percayakan Hazaen atau tidak.

Keadaan dalam Seven Eleven itu penuh. Orang ramai mula menyerbu pusat industri kerana kawasan rumah mereka terjejas.

Sama seperti Hazaen dan Irisy. Kedua - duanya keluar daripada rumah kerana kawasan mereka terjejas juga dengan isu mati lampu.

Sewaktu keluar tadi, jiran yang duduk dikawasan perumahan Irisy dan Hazaen, rata - rata sudah keluar daripada rumah.

Ada juga yang duduk diluar sambil berbual - bual sesama jiran. Waktu inilah nak berbual dengan jiran. Cuba kalau tak mati lampu. Pasti mereka tak akan bertegur sapa.

Telefon pintar Hazaen kembali dihidupkan. Layar depan dipandang lama oleh Irisy. Lelaki itu masih belum ganti latar belakang layar.

Latar belakang layar telefon Hazaen masih sama seperti awal perkahwinan mereka. Diam - diam gadis itu mengukir senyum.

Macam mana ini? Patut ke dia percayakan Hazaen? Atau sebenarnya dia memang sudah percayakan Hazaen daripada lama? Cuma perasaan kecewa lebih mendominasi dirinya sahaja.

"Saya akan pulangkan awak pada ibu dan ayah semula."

Irisy mengeluh kecil. Ayat itu sentiasa bermain dalam fikirannya. Dia tak mahu kehilangan Hazaen tetapi perasaan kecewa itu benar - benar mendominasi dirinya.

Dia kecewa dengan Hazaen.

Tap. Tap.

Bahunya terasa disentuh. Irisy mengangkat wajahnya. Hazaen yang sudah pun berdiri dihadapannya itu dipandang.

"Menung apa?" soal Hazaen.

Wanita itu menggelengkan kepalanya. Telefon pintar milik Hazaen kembali dihulurkan semula kepada si suami.

Hazaen tidak banyak bunyi. Dia menyambut sahaja huluran telefon yang dihulurkan oleh Irisy itu. Benda bersegi itu dimasukkan ke dalam poket seluar track.

Kemudian, sebungkus roti sambal ikan bilis dihulurkan kepada Irisy, "Kita makan dalam kereta."

Irisy mengangguk sembari menyambut huluran Hazaen. Wanita itu hanya membontoti langkah suaminya.

Sebaik sahaja tiba dikereta, Hazaen bakal membukaka pintu kereta buat Irisy── seperti yang biasa dia lakukan. Selesai memastikan si isteri masuk ke dalam perut kereta, barulah dia masuk ke dalam kereta juga.

Pintu kereta, Hazaen katup rapat. Plastik Seven Eleven tersebut disangkutkan pada penyangkut yang ada dibelakang seat kereta. Sempat dia mencapai se-kon aiskrim sebelum menyangkut plastik tersebut.

Irisy yang berada disebelah mengerling kearah Hazaen. Aiskrim kon yang berada ditangan Hazaen dipandang olehnya.

Kemudian, dia memandang kearah Hazaen, "Dah malam, Jen. Tak elok makan aiskrim."

"Tak apa." jawab Hazaen acuh tidah acuh.

"Apa yang tak apanya?"

"Bukannya jadi apa - apa pun." jawab Hazaen selamba.

Wanita itu berdecit kecil. Dia kembali menoleh kearah luar tingkap. Roti sambal ikan bilis yang berada ditangan kembali dikunyah.

Rasa canggung mula memenuhi ruangan dalam kereta tersebut. Sepasang suami isteri itu hanya diam. Masing - masing leka menikmati makanan sendiri.

SempurnaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon