I - 34

55 16 15
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ SAMPAI PUN akhirnya yang ditunggu - tunggu."

Irisy menyungging senyum. Puan Intan yang berada diruang tamu itu dihampirinya. Tangan wanita paruh baya itu dicapai lalu dikucup lembut kekura tangannya.

"Lambatnya sampai. Jalan jammed ke?" soal Puan Intan.

"Jen bawa Irisy pergi sarapan dahulu tadi. Tak sempat nak masak dekat rumah. Itu yang lambat jadinya." jelas Hazaen.

Kini, giliran Hazaen pula mencapai tangan Puan Intan. Kekura tangan si ibu dikucup ringkas sebelum tubuh Puan Intan direngkuh.

"Bonda sihat?"

"Alhamdullillah, macam yang Jen nampak. Bonda sihat sahaja."

"Alhamdullillah. Ayah mana, bonda?" soal Hazaen. Anak matanya meliar mencari susuk si ayah.

"Macam biasalah, Jen. Ayah kamu itu ke syarikat dahulu. Nanti tengah hari sikit baharulah dia balik. Katanya nak tolong merewang sikit - sikit." jelas Puan Intan.

Hazaen mengangguk faham. Irisy yang berada disampingnya dipandang. Senyuman kecil diukirkan buatkan gadis itu. Kemudian, Hazaen kembali menoleh kearah Puan Intan.

"Jen dengan Irisy naik dululah ya, bonda? Alang - alang Jen nak bawa naik barang ke bilik." izin Hazaen.

"Eh, naiklah! Suruh Irisy itu rehat dahulu. Dia baharu sahaja nak sihat. Kejap lagi Irisy tak payahlah turun, berehat sahaja kat atas. Biar Jen sahaja yang turun nanti." ujar Puan Intan. Ditolaknya kedua - dua tubuh itu kearah tangga.

Hazaen dan Irisy sama - sama menghamburkan tawa halus. Comel sahaja bonda ini.

"Tak apalah bonda. Nanti Irisy turun, ya? Apa pula keluarga bonda cakap tentang Irisy nanti."

"Eh, tak payah! Diorang fahamlah keadaan Irisy. Dah, dah. Pergi naik, rehat. Tengah hari sikit nanti baharu turun bawah semula. Jen pun sama. Teman Irisy rehat." halau Puan Intan.

Sepasang suami isteri itu mengangguk. Pinggang Irisy, Hazaen rangkul. Kedua - duanya berjalan beriringan menaiki anak tangga── khawatir jika Irisy bakalan jatuh atau hilang keseimbangan.

Setiba sahaja dilantai atas, Hazaen terlebih dahulu berjalan kearah bilik tidurnya, diikuti dengan Irisy dibelakang.

Klak.

Tombol pintu dipulas lalu ditolak perlahan daun pintu tersebut. Hazaen memberi ruang untuk Irisy melangkah masuk terlebih dahulu sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam.

Baru sahaja Hazaen mahu menutup daun pintu, suara seseorang menerpa telinganya. Bukan hanya Hazaen, Irisy turut menoleh kearah muka pintu.

Hazaen berdecak kasar. Macam mana pula jantan ini boleh ada dekat rumah bonda? Bonda jemput dia ke apa?

"Baru sampai ke?" soalnya.

Dia sekadar menggumam sebagai jawapan. Sungguh dia tidak ada mood buat menghadap Hazael sekarang.

"Oh, boleh aku masuk?" soal Hazael lagi.

Sontak ruas dahi Hazaen berkerut, "Kau silap bilik ke apa?"

"Tak, aku nak ambil baju dalam almari kau."

"Baju kau tak ada dalam bilik aku." bidas Hazaen.

Sejak bila ketikanya ada baju Hazael dalam ini pun, Hazaen tidak tahu. Setahu dia, mereka tidak pernah tidur sekali. Daripada kecil lagi Puan Intan sudah mengasingkan mereka berdua.

"Tepi ajalah. Bonda tersilap letak baju aku dalam almari kau." bentak Hazael. Tubuh Hazaen ditolak kasar.

Laju Hazael melangkah masuk ke dalam bilik tidur si abang. Almari baju milik Hazaen ditujunya.

SempurnaWhere stories live. Discover now