I - 46

47 14 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ IRISY MENGGUMAM kecil. Dia sudah pun berada dihadapan pintu kafe Hazaen. Dia masih lagi bingung sama ada mahu masuk ke dalam atau berpatah balik sahaja.

Irisy mengeluh kecil. Apabila sudah berfikir beberapa kali, akhirnya dia melangkah masuk ke dalam kafe tersebut.

Bayang Hazaen dicari tetapi tidak kelihatan sama sekali. Sebenarnya, dia pun tidak tahu apa motif utama dia ke kafe Hazaen.

Untuk pengetahuan, hari ini sudah pun masuk hari ke-enam dan mereka masih belum mendapat kata damai antara satu sama lain.

Masih berbaki sehari sahaja lagi untuk mereka hentikan semua ini.

Wanita itu mengeluh kecil. Kaunter kafe, Irisy hampiri. Kelihatan seorang pekerja lelaki berdiri tegak dibelakang kaunter tersebut.

"Oh, Irisy! Buat apa dekat sini?"

Irisy tersentak. Pekerja yang bertugas menjaga kaunter itu dipandang pelik. Macam mana pekerja tersebut boleh tahu namanya?

"Wait, awak──"

"Aniq, kawan Hazaen. That one yang datang waktu kenduri kahwin kau orang beberapa bulan lepas." pekerja itu memperkenalkan dirinya.

Irisy mengangguk faham. Jadi inilah Aniq yang pernah diceritakan oleh Hazaen dahulu. Lelaki yang baru sahaja bercerai dengan isterinya.

"Kalau nak jumpa Jen, dia ada dekat dalam office dia. Office dia ada dekat belakang." ujar Aniq.

"Kenapa dia duduk dalam office? Ada orang ke dekat belakang?" soal Irisy dan Aniq mengangguk.

"Ada kawan dia datang tadi... perempuan. Tetapi Irisy jangan risau. Ada Mateen sekali dekat dalam sana. Tak adalah diorang berdua - duaan." jelas Aniq. Wajah lelaki itu bertukar cuak. Mungkin takut Irisy bakal salah faham.

"Siapa? Awak kenal ke?"

Aniq menggelengkan kepalanya, "Tak tetapi katanya ada urusan penting. Dia kerap juga datang sini untuk berbual dengan Jen."

Wanita berpangkat isteri itu diam. Sepertinya dia tahu gadis yang dimaksudkan oleh Aniq sebentar tadi.

"Boleh tolong bawakan saya ke office, Jen?" pinta Irisy.

"No hal. Boleh aja."

Aniq berbual sebentar dengan pekerja disamping lelaki itu. Selepas meninggalkan pesan buat pekerja tersebut, Aniq membuka pintu pengantaraan kaunter dan ruang kafe untuk Irisy lalu.

Dia berjalan terlebih dahulu dan diikuti dengan Irisy yang berada dibelakang. Kurang daripada seminit, mereka akhirnya tiba dihadapan pintu pejabat Hazaen.

Belum sempat Aniq mahu memulas tombol pintu, pintu itu sendiri terbuka daripada dalam── seseorang telah menarik daun pintu tersebut daripada dalam.

Irisy membulatkan matanya. Sepasang manusia yang berdiri dihadapannya itu dipandang tidak percaya.

"Jaja?"

Dayana tersentak. Senyuman kecil terukir pada wajah gadis itu, "Hai, Ju. Aku minta maaf sebab berjumpa dengan Hazaen tanpa izin kau."

Irisy menggelengkan kepalanya. Kemudian, wanita itu mengalihkan pandangannya kearah Hazaen pula. Jelas sekali wajah lelaki itu kelihatan terkejut.

"Ju, jangan fikir yang bukan - bukan. Aku bukannya berdua - duaan dengan Jen dekat dalam. Ada Mateen dengan Dianah sekali. Berhenti curiga tentang aku dan Hazaen." ujar Dayana lagi.

Gadis berkacamata itu melangkah keluar daripada pejabat Hazaen. Secara tidak langsung, Irisy dapat melihat isi dalam pejabat Hazaen kerana Dayana sudah tidak lagi menghalang muka pintu.

SempurnaWhere stories live. Discover now