I - 36

42 16 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELESAI MAJLIS kesyukuran, kesemua tetamu diminta buat makan bersama. Seperti sekarang, Irisy sedang makan disamping Hazaen.

"Ibu dengan ayah memang tak akan datang?" soal Irisy. Dia sudah pun selesai makan.

"Saya ada telefon ayah petang tadi. Ayah kata dia ada urusan." jelas Hazaen.

"Ibu dengan ayah memang tak akan ada masa buat saya ke, Jen?" lirih Irisy. Gadis itu memusingkan tubuhnya menghadap Hazaen.

Hazaen berhenti menjamah karipap yang berada dihadapannya. Dia memandang kearah Irisy. Jelas kelihatan raut wajah sedih dipamerkan oleh Irisy.

Tangan kanannya dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian, wajah cantik nan jelita itu dipegang oleh Hazaen.

"Kenapa cakap macam itu? Ibu dengan ayahkan kerja, cherie."

Irisy mengeluh kecil, "Daripada saya masuk ward akibat kemalangan lima bulan lepas hinggalah saya dah boleh berjalan semula seperti biasa, ibu dan ayah tak pernah tanya keadaan saya."

"Bahkan ibu dan ayah titipkan saya pada awak── minta awak berkahwin dengan saya supaya ada orang boleh uruskan saya. Walhal ibu boleh sahaja jaga saya."

"Pada mulanya, saya selalu fikir ibu dan ayah tak mahu jaga saya sebab saya lumpuh. Rupanya saya silap. Saya dah sihat dan boleh berjalan seperti biasa semula, ibu dan ayah tetap tak mahu ambil tahu tentang saya." luah Irisy panjang lebar. Dia mengeluh kesal diakhir ayat.

Hazaen mengukir senyuman nipis. Tubuh genit itu ditarik ke dalam dakapannya. Dielus lembut punggung tubuh isterinya itu.

"Ibu dengan ayah pasti ada masa buat awak. Cuma sekarang mereka agak sibuk sedikit." pujuk Hazaen.

"Saya ada dengan awak── sentiasa ada dan akan terus ada dengan awak. Tak apa kalau ayah dan ibu tak kisah perihal awak. Saya── saya ada. Saya sentiasa kisah tentang isteri saya." sambung Hazaen lagi.

Pelukan pada tubuh si isteri semakin dieratkan. Sengaja wajah Irisy, Hazaen dibiarkan melekap pada dadanya.

"Kalau mahu menangis, menangislah. Saya teman awak."

Irisy menggelengkan kepalanya, "Ramai orang dekat sini Hazaen."

"Kita naik bilik. Sekalian awak terus berehat sahaja. Saya tengok awak banyak tolong bonda hari ini. Pasti penatkan, cherie? "

"Awak pun pasti penat. Hari ini awak tolong ayah naikkan kanopi. Kemudian, uruskan masalah saya dengan Hazael dan berakhir dengan tolong bersihkan luka saya."

Lelaki itu mengekehkan tawanya. Pipi gebu itu dicubit lembut, "Mana ada saya penat, cherie."

"Bohong."

"Tak, cherie."

"Awak bohong, teh."

"Tak, gula. Mana ada saya bohong." bidas Hazaen.

"Iya ke?"

"Iya, sayangku cintaku kasihku nadiku jantungku hatiku separuh nafasku separuh diriku duniaku angkasaku semestaku." ujar Hazaen bersama dengan sengihan.

"Hazaen!" dada Hazaen, Irisy tepuk kuat.

Manis selalu mulut seorang Hazaen Idham.

"Sakitlah, cherie."

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SempurnaWhere stories live. Discover now