I - 43

39 15 14
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SETELAH TAMAT kelas pada hari itu, Dayana bergegas kearah kaunter pendaftaran pusat perubatan. Dia mahu berjumpa dengan Thiana seperti yang telah mereka rencanakan.

Dayana mengambil tempat kosong disamping Thiana. Gadis itu memilih untuk duduk dibelakang kaunter bersama dengan jururawat tersebut.

Thiana pandang Dayana. Dayana pandang Thiana. Serta - merta wajah bingung ditayangkan oleh Dayana.

"Okay... akak ajak saya duduk sini semata - mata untuk pandang each other ke?" soal Dayana bingung.

Lama juga sepasang manusia itu saling bertukar - tukar tatapan. Tetapi tiada seorang pun mahu membuka mulut terlebih dahulu.

Thiana menyungging senyum. Tangannya dibawa mengusap belakang tengkuknya. Perasaan janggal menganjal dalam diri.

"Sebenarnya akak nak Aya tolong akak sesuatu tetapi jangan libatkan orang lain."

Dayana mengerutkan dahinya, "Susah sangat ke benda yang akak nak saya buat ini?"

"Tak susah tetapi agak rumit."

"Tak susah tetapi rumit. Bukan ke membawa makna yang sama?" gumam Dayana.

Tangannya diseluk masuk ke dalam bekas Mister Potato. Sekeping kepingan kentang dibawa keluar lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Akak cuma nak Aya tolong akak selesaikan satu isu ini. Dan isu berkait rapat dengan dalang disebalik ciapan yang sedang tular sekarang ini." jelas Thiana.

Wanita itu mengeluh, "Akak tak mahu rencana kita gagal. Jadi akak harap Aya boleh lakukan perkara ini sendirian."

Dayana mengangguk faham. Begitu rupanya Thiana mahu dia lakukan. Melakukan kerja seorang diri itu bukanlah masalah besar baginya.

Tetapi serumit apa rencana yang bakal dirancang oleh Thiana adalah masalah bagi Dayana.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

HARI INI merupakan hari pertama sejak perang dingin diantara Irisy dan Hazaen berlangsung. Secara tak langsung, perhitungan untuk Irisy mempercayakan Hazaen sudah pun bermula.

Irisy mengeluh kecil. Dia bingkas bangun daripada duduknya. Wanita itu berjalan kearah pintu yang berada dibelakang rumah. Pintu gelangsar tersebut dibuka.

Sebenarnya, dia tidak pernah ke laman belakang rumah milik Hazaen. Mungkin kerana dia terlalu banyak meluangkan masa dengan melakukan rawatan fisioterapi sehinggakan tidak perasan akan kewujudan laman belakang tersebut.

Dia menyarungkan sepasang selipar pada kakinya. Baru sahaja setapak dia melangkah, Irisy sudah pun dibuat kagum dengan laman belakang rumah milik Hazaen itu.

Sebenarnya, apa yang dilihat ketika ini jauh lebih bagus daripada apa yang Irisy bayangkan. Dia selalu berfikiran bahawa laman dibelakang rumah Hazaen tidak mempunyai apa - apa dan sangat membosankan.

Ternyata Irisy salah. Laman rumah Hazaen sangatlah bagus. Terdapat sebuah kebun mini dan sebuah bangsal kecil berada dekat dengan kebun mini tersebut.

Kemudian, terdapat juga sebuah kolam ikan dibelakang rumah tersebut. Lagi - lagi Irisy dibuat kagum. Kenapa dia tak ke sini lebih awal sahaja?

Lama rumah Hazaen tampak nyaman untuk mengambil angin. Sesuai juga dijadikan sebagai tempat melarikan diri daripada masalah.

Irisy mengambil keputusan buat berjalan kearah kebun mini milik Hazaen. Senyuman lebar terukir pada wajahnya.

SempurnaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu