I - O4

54 18 11
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ RUANG LOBI hospital hari ini kedengaran riuh. Jumlah pesakit yang datang dan dikejarkan ke hospital boleh dikatakan agak ramai berbanding biasa.

Sekarang dah musim untuk jatuh sakit ke?

Irisy berjalan kearah lobi hospital. Keadaan kaunter tidak menang tangan ketika ini. Ada sahaja pesakit yang datang mendaftar secara sambung - menyambung.

Langkahnya mati. Sepasang mata cantik itu membulat. Irisy kembali memusingkan tubuhnya. Kaki diatur semula kearah makmal hospital.

"Ya Allah... macam mana boleh lupa telefon aku dalam lab." ucap gadis itu.

Kaki diatur laju kearah makmal. Setiba sahaja dihadapan makmal, tombol pintu dipulas lalu gadis itu melangkah masuk ke dalam makmal tersebut.

Telefon pintarnya yang berada diatas meja, diambil. Layar telefon dilihat. Kosong. Tiada apa - apa pesan yang masuk pun.

Bahkan daripada Hazael pun langsung tiada.

Bercakap tentang Hazael, sudah hampir seminggu Irisy tidak mendengarkan khabar tunangnya itu. Perkara itu sedikit sebanyak mengganggu aktiviti harian gadis itu.

Mana tidaknya, lagi seminggu sahaja sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung tetapi bayang dan khabar Hazael langsung tiada.

Ting!

Satu pesan masuk ke dalam telefon. Laju sahaja Irisy melihat layar skrin tersebut. Sangkaannya meleset. Difikir pengirim pesan itu ialah Hazael tetapi ternyata salah.

Pesan tersebut dikirimkan oleh Marissa.

Irisy mengeluh. Pesan yang dihantar oleh Marissa tidak lain tidak bukan tentang status penghadaman gadis itu.

Weh, aku nak membuang ah.

Irisy mengeram kecil. Setiap kali mahu membuang, setiap kali itu juga mahu bercakap. Macamlah Irisy boleh teman gadis itu membuang hajat.

Ting!

Pergi je lah, astaghfirullahaladzim. Kau cakap dalam group ini, macamlah aku boleh tolong kau beristinjak.

Irisy tertawa kecil membaca balasan daripada Dayana ini. Dayana dan sarkastikus berpisah tiada betul!

Sahaja jelah inform. Kalau apa - apa jadi nanti senang ah ahli forensik nak cari kau orang.

Irisy membaca balasan daripada Marissa itu.

Supaya apa? Supaya diorang dapat diagnosed kau mati sebab sembelit?

Lagi - lagi Irisy menghamburkan tawa. Ambil kau, Chot. Setepek kau kena dengan Jaja. Kutuk hati kecilnya.

Jari - jemari Irisy lincah menaip sesuatu pada papan kekunci. Tawanya masih lagi bersisa. Kelakar membaca pesan - pesan daripada teman serumahnya itu.

Hahahahaha ambil kau, Chot. Setepek Jaja tepek kau.

butang hantar, Irisy tekan. Seterusnya, telefon pintar dimasukkan ke dalam poket kot putih yang tersarung pada tubuhnya. Gadis berambut separas pinggang itu melangkah keluar daripada makmal.

Langkahnya diatur laju kearah farmasi semula. Sekali lagi langkah Irisy mati separuh jalan. Gadis itu kaku ditempatnya. Satu susuk tubuh yang amat dikenali menyapa pandangan.

Irisy memincingkan matanya. Sepasang padangan kekasih atau mungkin suami isteri melangkah kearah kaunter.

Daripada jauh, kelihatan seperti peran yang dikenali oleh Irisy. Gadis itu menapak beberapa langkah kehadapan.

SempurnaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα