I - 17

45 15 9
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ PINTU DIKATUP rapat oleh Irisy Zhafirah. Susuk tubuh Hazaen dipandangnya.

"Aen, Kak Ngah dah siap salinkan baju baby. Aen masuklah." ujar Irisy Zhafirah.

Hazaen mengangguk, "Terima kasih, Kak Ngah."

"Sama - sama, Aen. Selamat malam. Nanti kalau ada apa - apa beritahu sahaja Kak Ngah. Nanti Kak Ngah direct ke bilik kamu." ujar Irisy Zhafirah.

Sekali lagi Hazaen mengangguk, "Terima kasih, Kak Ngah. Aen rasa dah tak ada apa - apa dah ini. Lagipun dah sampai waktu untuk tidur."

Selepas masing - masing meminta diri buat berlalu ke bilik tidur, Hazaen membiarkan dahulu kakak iparnya itu beransur. Sejurus bayang Irisy Zhafirah hilang, barulah dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur.

Pintu dikatup perlahan. Gadis yang masih lagi leka dengan telefon itu dihampirinya. Seperti biasa, Hazaen bakal melutut disamping katil.

"Irisy dah makan ubat?" soal Hazaen.

Irisy menurunkan telefon pintarnya. Benda berbentuk segi empat tepat itu diletakkan disamping kaki kanannya.

Gadis itu menggelengkan kepalanya── menandakan yang dia masih belum mengambil ubatnya.

Hazaen bingkas bangun. Laci kecil yang berada pada kabinet bersebelahan katil dibuka. Sepaket ubat dibawa keluar.

Dua biji ubat pill dikeluarkan daripada bekas aluminum tersebut.

"Pisau ada dekat dalam laci itu juga." seakan - akan sedar dengan tindakan Hazaen, Irisy bersuara.

Laci yang tadinya kembali dibuka. Sebilah pisau dibawa keluar oleh Hazaen. Seterusnya, dua biji ubat tersebut dipotong menjadi dua bahagian.

Separuh daripada sebiji ubat itu dihulurkan kepada Irisy.

Irisy menyambut sahaja huluran suaminya itu. Ubat tersebut dibawa ke dalam mulutnya. Serentak dengan itu, Hazaen menyuakan sebotol air suam.

Gadis berambut panjang itu menyambut huluran Hazaen lalu meneguk air suam tersebut. Spontan Hazaen menyuakan telapak tangannya dihadapan wajah Irisy.

Irisy menggelengkan kepalanya. Tangan besar itu ditolak lembut ketepi. Kemudian, gadis itu meminta balance ubat yang masih perlu ditelan.

Selesai memakan ubat, Hazaen mengemaskan semula kabinet kecil tersebut. Lampu kecil yang berada diatas kabinet tersebut turut dimatikan.

Namun kemudian, Hazaen kembali menghidupkan lampu tidur itu semula.

"Irisy nak biarkan lampu ini terbuka atau tutup?" soal Hazaen.

"Tutup sahaja. Saya tak boleh tidur kalau terang." ujar Irisy.

Hazaen mengangguk faham. Lampu tidur tersebut kembali dimatikan. Seterusnya, lelaki itu bingkas bangun lalu berjalan kearah sofa yang berada di dalam bilik tersebut.

Badan, Hazaen rebahkan pada sofa tersebut. Lengan kanannya digunakan sebagai lapik kepala. Dibawah lengannya terdapat sebiji bantal.

Kelopak mata dikatup rapat.

"Jen..."

Kelopak matanya kembali terbuka. Wajah, Hazaen talakan kearah katil. Lelaki itu hanya menggumam sebagai balasan.

"Selesa ke tidur dekat situ?" soal Irisy.

Hazaen hanya mengangguk. Walaupun keadaan bilik gelap, masih ada lampu dibahagian luar bilik yang menjadikan keadaan dalam bilik tersebut kelihatan samar - samar.

SempurnaWhere stories live. Discover now