I - 31

49 18 10
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  5 BULAN KEMUDIAN...

Klak!

Pintu rumah dibuka daripada luar. Belum sempat Hazaen mahu melangkah masuk, seseorang sudah pun merengkuh tubuhnya terlebih dahulu.

Spontan tangan melingkar pada tubuh Irisy.

“Ya Allah, cherie. Kenapa berlari? Awak itu baharu sahaja mahu sihat.” tegur Hazaen, khawatir.

Tubuh kecil itu didorong lembut masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dikatup semula oleh lelaki tersebut.

“Rindu.” cebik Irisy. Gadis itu masih lagi berada didalam dakapan si suami.

“Saya tak ada cash lah. Sepuluh sen adalah ha dalam poket saya.” ujar Hazaen sarkastik. Poket seluarnya diseluk lalu dikeluarkan duit siling bernilai sepuluh sen.

Tubuh Hazaen, Irisy tolak menjauh, “Saya tak nak duit awaklah. Nak mengada sikit pun tak boleh.”

Hazaen mengekehkan tawanya. Gadis yang sudah pun berjalan meninggalkan lelaki itu dipandang. Comel sahaja perangai.

Irisy yang sudah pun duduk diatas sofa itu dihampirinya. Ruang kosong yang berada disamping Irisy, Hazaen ambil. Bahu si isteri dirangkul daripada tepi. Ditarik tubuh gadis itu mendekat dengannya.

“Iyalah, cherie. Saya pun rindu awak. Kalau boleh setiap saat saya mahu berkepit dengan awak.” ujar Hazaen. Pipinya dilekapkan pada pipi milik Irisy.

“Nampak sangat tak ikhlas.” cebik Irisy.

“Eh, ikhlaslah! Mana awak tahu saya tak ikhlas?”

Lagi - lagi gadis itu mencebik. Dia bingkas bangun daripada duduknya. Serentak dengan itu, pelukan diantara dia dan Hazaen terlerai.

“Nak ke mana?” soal Hazaen.

“Tukar baju. Kata nak keluar beli barang dapur.”

Hazaen menepuk pehanya sendiri, lembut. Dia baru teringat akan hal itu, “Awak pergilah naik tukar baju. Saya tunggu dekat bawah.”

Irisy mengangguk faham. Seterusnya, gadis itu berlari anak menaiki anak tangga.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SENARAI BARANG yang telah ditulis dalam nota digital disemak satu persatu. Sepasang suami isteri itu berjalan beriringan dalam pasaraya besar.

Hazaen menolak troli dan bersamanya, seutas beg tangan Irisy tergantung elok pada bahu Hazaen. Irisy pula hanya jalan berlenggang disamping sang suami.

Wajah suaminya dipandang sekilas. Lelaki tersebut mengenakan topi berwarna hitam dan pelitup muka.

“Awak tak rimas ke?” soal Irisy dan Hazaen menggelengkan kepalanya.

Irisy sekadar menjungkitkan bahunya sahaja. Malas mahu menanyakan lebih. Dia kembali fokus pada senarai barang yang berada dalam telefon pintarnya.

“Barang apa lagi tak ada?” soal Hazaen. Sempat dia mengerling pada layar skrin telefon pintar Irisy.

“Susu kotak, sayur, ayam, udang, sos cili, gula dan garam.” beritahu Irisy.

“Saya rasa gula itu tak perlu kot.”

“Kenapa pula?” soal Irisy bingung. Sedangkan tadi, Hazaen meminta Irisy memasukkan gula ke dalam senarai barang dapur yang perlu dibeli.

SempurnaWhere stories live. Discover now