II - 12

36 11 2
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ IRISY MELANGKAH masuk semula ke dalam bangunan utama hospital bersama dengan sebotol air dalam genggamannya.

Senyuman kecil terbit daripada ulas bibir Irisy. Dayana yang sedang berdiri dihadapan kaunter pendaftaran itu dihampirinya.

Bahu Dayana, Irisy tepuk lembut. Spontan wanita bersnelli doktor itu memusingkan tubuhnya. Ruas dahi Dayana jelas kelihatan berkerut.

"Apa kau?" soal Dayana. Nada suara wanita itu kedengaran tidak puas hati.

"Kau ini melepak aja. Tak ada kerja ke?"

"Sabarlah, kan tengah rest time." jawab Dayana.

Seketika kemudian, Dayana memusingkan tubuhnya menghadap Irisy, "Eh kau tahu? Tadi aku jumpa Ezham."

"La, kau jumpa dia dekat mana? Kafe hospital ke?" soal Irisy. Sepertinya dia berminat mahu berbual lanjut.

Dayana mengangguk. Pergelangan tangan Irisy, Dayana capai sebelum lengan Irisy ditarik supaya mengikuti langkahnya kearah kerusi menunggu.

"Kau ingat tak patient pagi tadi yang melahirkan itu?" soal Dayana sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi.

Irisy mengangguk. Selepas sahaja mereka berdua membaca artikel tentang Hazaen pagi tadi, ada seorang pesakit wanita yang dikejarkan ke unit kecemasan atas sebab mahu melahirkan.

"Weh, itu bini Ezham sia."

Wanita berprofesi sebagai ahli farmasi itu membulatkan matanya. Tangan kanan dibawa mencekup mulut sendiri. Pandangan tidak percaya dilemparkan kepada Dayana.

"Sumpahlah itu bini dia? Tetapi pesakit pagi tadi itu bukan Juhaina, kan?"

"Iya, itu yang aku terkejut. Aku fikir bercinta bagai nak rak, kahwinlah berdua itu. Lah, kahwin dengan orang lain." seloroh Dayana.

Mereka berdua sudah saling tidak ubah seperti makcik - makcik bawang holland dan bawang merah yang sedang mengumpat tentang anak orang kampung.

"Lepas itu kau tegur dia tak?" soal Irisy lagi.

Dayana menggelengkan kepalanya, "Malas aku nak tegur orang asing. Entah siapa - siapa je dia."

"Banyaklah kau entah siapa - siapa. Kau baru lepas mengumpat dia."

"Eh, aku tak mengumpat tau. Aku cerita je." cebik Dayana. Itu dikira sebagai mengumpat ke?

"Apa bendalah kau ini. Kahwin dengan ustaz tetapi perangai entah apa - apa." kelutuk Irisy. Hujung bibirnya terjungkt sedikit.

"Hei! Yang ustaz itu Jie, okay? Masalah Jie itu nama je ustaz tetapi miang kemain."

"Tetapi tak apalah. Disebabkan dia handsome dan tinggi, boleh dikecualikan." sambung Dayana lagi.

Spontan bahu sahabatnya itu dipukul kasar, "Aku rasa kau lagi miang daripada Ziyad."

"Eh, tak apalah. Suami aku kot." bidas Dayana. Tidak lupa juga buat menjelirkan lidahnya kepada Irisy.

"Sudahlah kau. Daripada mengumpat dengan kau... baik aku masuk lab. Selamat bekerjalah ya, Jaja."

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TOK! TOK! Tok!

Bunyi ketukan bertalu - talu mengganggu si pemilik rumah. Dia bingkas bangun lalu berjalan ke arah pintu masuk rumahnya.

SempurnaWhere stories live. Discover now