I - 35

55 16 16
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ JEN." PANGGIL Irisy lembut.

Hazaen menoleh. Sebelah keningnya dijungkitkan sebagai tanda── iya - ada - apa?

Sehelai kardigan dihulurkan kepada Hazaen. Serentak dengan itu, Irisy menundukkan wajahnya.

Hazaen menyambut kardigan yang dihulurkan oleh Irisy dalam keadaan bingung. Kardigan berwarna lilac itu dipandang.

"Kenapa dengan kardigan ini?" soal Hazaen bingung.

"P─pakai. Nanti orang pandang badan awa── bu─bukan. Nanti masuk angin." gugup Irisy menuturkan ayatnya.

Selepas menuturkan ayatnya, Irisy melarikan diri daripada Hazaen. Lekas gadis itu duduk bersimpuh disamping Puan Intan. Dia tidak lagi menoleh kearah Hazaen.

Hazaen mengekehkan tawa kecil. Dia memandang kearah penampilannya sekilas. Lelaki itu kembali mengekehkan tawa. Kardigan pemberian Irisy sebentar tadi disarungkan pada badannya.

Alahai, comelnya Irisy.

Lelaki itu mengorak langkah kearah Puan Intan dan Irisy. Besen yang diminta oleh Puan Intan sebentar tadi dihulurkan kepada Puan Intan.

Wanita paruh baya itu tersentak. Besen yang dihulurkan oleh Hazaen, diambilnya.

"Lamanya cari besen. Irisy sesat dekat dalam ke?" sakat Puan Intan.

"Ha'ah, bonda. Menantu kesayangan bonda ini terkial - kial cari besen tadi."

Irisy mencubit kasar betis Hazaen. Hanya bahagian itu sahaja yang boleh dicapainya ketika ini kerana Hazaen masih lagi berdiri.

Puan Intan mengekehkan tawanya, "Tak apalah, Irisy. Bonda faham."

"Ha, kamu Jen. Kardigan siapa pula kamu rembat ini?" soal Puan Intan spontan

"Kardigan Irisy."

"Dah kenapa pula pakai kardigan panas - panas buta ini?"

"Irisy inilah, bonda. Katanya takut orang lain pandang badan Jen──"

Irisy bingkas bangun. Mulut Hazaen ditekupnya. Tidak lupa juga buat menjenggilkan matanya kepada Hazaen.

Ewah, mahu melepaslah itu!

Spontan tubuh Irisy dipeluknya. Ketika gadis itu bangun dan segera menekup mulutnya, keseimbangan badannya hampir sahaja hilang.

"Mana ada. Bonda jangan dengar cakap Jen. Merapu sahaja tengah - tengah hari buta ini. Maklumlah panas. Itu yang dia merapu entah apa - apa ja." kelutuk Irisy.

Sekali lagi Puan Intan menghamburkan tawanya. Ada - ada sahaja gelagat anak dan menantunya itu. Kepala, Puan Intan gelengkan beberapa kali.

"Kenapa Irisy panggil Hazaen dengan nama? Bonda rasa lagi comel kalau Irisy panggil Jen abang." tegur Puan Intan.

Sepasang suami isteri terdiam. Irisy kembali menjauhkan tangannya daripada ulas bibir Hazaen. Sang suami turut melakukan perkara yang sama. Rangkulan pada pinggang Irisy, dilepaskan.

"Bonda tak marah Irisy, lah. Nanti perlahan - lahan tukar, ya?"

Irisy mengangguk faham. Sempat dia menjelirkan lidah kepada Hazaen sebelum gadis itu kembali bersimpuh disamping Puan Intan.

Tangan kekar Hazaen naik menyerabaikan rambut Irisy. Kemudian, lelaki itu melangkah semula kearah kanopi luar.

Kedua - duanya kembali melakukan kerja yang tergendala sebentar tadi.

Gadis itu mencebik. Apalah Hazaen ini. Apalah dia, apalah. Memang panas tetapi perlu pakai baju tak ada lengan? Sudahlah tak ada lengan, siap melekat elok ikut bentuk badan lelaki itu.

SempurnaWhere stories live. Discover now