II - O3

38 11 9
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  BUAL PUNYA berbual, keluarga Irisy sudah pun tiba di kereta Encik Fauzan. Tidak lupa juga dengan Hazaen yang berada dibelakang.

Dan bersama dengan lelaki bertubuh tinggi itu terdapat Hairell yang berada dalam dukungan lelaki tersebut.

Irisy Zhafirah menuntup rapat pintu kereta. Wajah si adik dipandang olehnya, “Kereta penuhlah, baby.”

“Hah?” soal Irisy Zhulaiqa bingung

“Kereta ayah penuh. Baby datang sini naik kereta sendiri ke naik sekali dengan ayah?” soal Irisy Zhafirah.

“Datang dengan ayah, lah. Tak ada maknanya aku nak bawa kereta sendiri.”

“Kak Ngah serious ini. Kereta ayah penuh.”

Irisy Zhulaiqa mulai gelisah. Aduh, Kak Ngah ini. Kalau nak bergurau manja pun, ini bukan caranya.

“Akak tak main - main. Kau tengoklah seat belakang ini ha.” ujar Irisy Zhafirah seraya menyuruh ayahnya menurunkan tingkap belakang.

Irisy Zhulaiqa menggelengkan kepalanya, “Habis kau nak suruh aku balik macam mana? Kau fikir aku boleh terbang ke hah?”

“Tumpang Hazaen.” sampuk Puan Indah.

Hah?!

Wanita paruh baya itu mengukir senyuman kecil. Hazaen yang berdiri dibelakang Irisy dipandang olehnya, “Boleh ya? Maaflah susahlan Aen.”

“Eh, tak ada susahnya pun. Macam ibu tak biasa dengan Aen.”

“Kan? Macamlah kamu itu tak pernah jadi menantu ibu── humph! ” belum sempat Puan Indah menghabiskan ayat, Irisy Zhafirah lebih cepat menekup mulut ibunya.

“Terima kasihlah sebab nak tumpangkan baby. Nanti tanyalah mana alamat rumah dia. Ha, sekalian, malam ini ibu nak buat makan - makan. Aen datanglah rumah ibu.” ujar Irisy Zhafirah bersama dengan sengihan.

Hazaen mengangguk kecil. Tidak lupa juga buat mengukir senyuman manis pada wajahnya, “Iya, In Sha Allah kalau ada masa, Aen datang.”

“Terima kasih sekali lagi, Hazaen. Maaflah ibu jadi menyusahkan kamu pula.” ucap Puan Indah lagi.

“Taklah, mana ada menyusahkan Aen.”

Puan Indah mengukir senyuman manis. Selesai berpamitan, Puan Indah dan Irisy Zhafirah melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Pintu kereta ditutup oleh Puan Indah.

“Ibu ini, tak baik cakap macam itu dekat Hazaen.” ujar Irisy Zhafirah.

“Apa yang tak baiknya? Betulah dia menantu ibu.”

Encik Fauzan berdehem kecil, “Bekas menantu.”

“Awak yang failkan isu cerai mereka dahulu tanpa minta pendapat mereka berdua. Ah, saya tak kisah. Hazaen tetap menantu saya.” bidas Puan Indah. Dia tidak bersetuju dengan suaminya itu.

“Dan kalau boleh, saya berharap jodoh dia dan baby masih ada.”

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SELEPAS SAHAJA kereta Encik Fauzan meluncur meninggalkan kawasan parking lot lapangan terbang, barulah mereka berjalan menuju kearah kereta milik Hazaen.

Keadaan diantara sepasang manusia berlainan kelamin itu canggung. Kedua - duanya tidak tahu mahu mengeluarkan kata apa.

Hazaen berdehem kecil. Seterusnya, wanita yang berjalan disampingnya itu dikerling sekilas sebelum dia kembali memandang kearah hadapan.

SempurnaWhere stories live. Discover now