II - O5

45 11 17
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  IRISY MUNDAR - mandir dihadapan rumahnya. Kurang lima minit lagi mahu genap pukul lapan setengah malam.

Wanita itu menoleh kearah Hairell. Kedua - dua belah sisi tubuh anaknya itu dipegang, “Arell rasa, patut ke umi drive sendiri pergi rumah nenek?”

“Atau kita tak payah dinner dekat rumah nenek? Umi bawa Arell makan luar jom? Ahaa, umi tak nak jumpa dengan dia, lah.” rengek Irisy sembari menyembamkan wajahnya pada bahu Hairell.

“Maksud umi... umi tak nak jumpa dengan abi ke?” soal Hairell.

Irisy mengangkat wajahnya kembali, “Iyalah! Siapa lagi? Dia itu menyebalkan betul. Umi benci dia. Sungguh umi cakap.”

“Kenapa umi cakap macam itu? Arell tengok abi itu elok je.”

“Arell baru jumpa dengan dia hari ini. Tunggulah lama sikit lagi nanti. Mesti Arell pun naik muak tengok muka dia.” seloroh Irisy.

“Tetapi abi handsome apa?” ujar Hairell seolah - olah tidak bersetuju dengan si ibu.,

“Apa guna kalau handsome tetapi menyebalkan──”

“Oh, jadi awak akuilah yang saya memang kacak?”

Hening.

Serentak dengan itu, tubuh Irisy bertukar kejung. Irisy pandang Hairell. Namun anak lelaki itu sepertinya sedang melihat kearah susuk yang berada dibelakang Irisy.

Wanita itu menelan ludah susah - payah. Laju Irisy menukar posisinya daripada melutut kepada berdiri.

Entah dimana silapnya, kaki Irisy tersalah menapak. Terus tubuh Irisy hilang keseimbangan.

Nasib sahaja ada tangan yang lain menghalang Irisy daripada jatuh terduduk semula. Tangan tersebut dapat dirasakan jelas oleh Irisy pada pinggangnya.

Spontan Irisy menolak tubuh kekar itu menjauhinya. Sekali lagi Irisy hilang keseimbangan. Cepat - cepat pergelangan tangannya ditarik oleh Hazaen── membantu wanita itu menyeimbangkan kembali badannya.

Careful, cherie.” pegangan pada pergelangan tangan Irisy, Hazaen lepaskan.

Irisy membuang pandangannya kearah lain. Degupan jantungnya kian berantakan. Tak perlu bicara tentang keadaan wajahnya. Pasti sudah merona.

“Salam abi itu, Arell.” arah Irisy seraya menolak lembut tubuh anaknya.

Sebenarnya, dia mahu mengalihkan perhatian Hazaen daripada terus memandang kearahnya. Risau jika lelaki itu perasan akan warna kulit wajahnya yang sudah berubah merah itu.

Hairell tidak membantah. Tangan kanan Hazaen dicapai lalu dikucup ringkas kekura tangan lelaki itu. Kemudian, Hairell mendepakan tangannya.

“Nak dukung.” ujar Hairell bersama dengan sengihan.

“Jangan mengada, Arell.” tegas Irisy.

Hazaen mengekehkan tawa kecil. Tubuh kecil itu terus dibawa ke dalam dukungannya. Serentak dengan itu, Hairell mengalungkan tangannya pada batang leher si ayah.

Irisy mencebik. Nampaknya tempatnya sebagai ibu dihati Hairell telah diancam bahaya. Apakah dia patut mengusir Hazaen supaya tahtanya sebagai ibu tidak diancam bahaya?

“Awak nampak cantik bertudung, Irisy.” puji Hazaen, ikhlas.

Wanita yang berjalan disampingnya itu dipandang lembut. Sejujurnya, Hazaen agak terkejut apabila melihat penampilan Irisy ketika dilapangan terbang tengah hari tadi.

Tiada lagi Irisy yang membiarkan rambut cantik nan beralun milik wanita itu dibiarkan lepas. Kini, Irisy tampil bertudung.

Dan perkara itu berjaya menambahkan lagi seri diwajah Irisy. Wanita itu tampak jauh lebih cantik dan anggun.

SempurnaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ