I - 32

48 16 6
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LEPAS INI kalau nak ke mana - mana... dengan saya. Jangan jalan seorang diri macam tadi." ujar Hazaen seraya melepaskan pelitup mukanya.

Irisy yang berada disamping, dipandangnya.

"Awak marah ke, teh?"

Hazaen melepaskan keluhan berat. Tangan kekar itu naik mengusap kepala Irisy lembut. Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak, gula. Mana mungkin saya nak marah pada awak. Saya cuma pesan sahaja. Lepas ini jangan ulang lagi ya, gula?" tutur Hazaen lembut.

"Baik, teh. Saya faham!"

Hazaen terkekeh lucu. Pucuk hidung isterinya dicuit lembut. Gemes melihat tingkah si isteri.

"Awak ada nak singgah mana - mana ke lepas ini? Atau nak balik ke rumah terus?" soal Hazaen. Kereta milik lelaki itu mula meluncur.

"Tak ada. Saya mahu balik dan berehat. Esok saya dah mula masuk kerja semula."

"Oh, esok awak da masuk kerja semula?" soal Hazaen.

"Iya, lagian pula saya dah boleh berjalan seperti biasa semula. Jadi tak ada alasan untuk saya duduk dirumah sahaja." ujar Irisy.

Sang suami mengangguk faham. Terbit rasa bersyukur dalam dirinya apabila gadis itu sudah kembali berjalan seperti biasa semula.

"Awak nak saya hantar atau──"

"Petang nanti saya suruh bang long hantarkan kereta saya. Esok saya pergi kerja bawa kereta sendiri sahaja." Irisy terlebih dahulu memintas Hazaen.

Tiada lagi perbualan diantara mereka berdua. Hazaen kembali fokus kepada pemanduannya manakala Irisy membuang pandangan keluar tingkap.

"Sukalah, kau? Kaukan memang syok dengan Irisy daripada dulu lagi."

"Lebih daripada suka, Hazael Idham. Kau tak payah banyak cerita. Jaga sahaja isteri kau itu. Tak perlu sibuk hal rumah tangga orang lain."

Seketika kemudian, Irisy kembali menoleh kearag Hazaen. Sisi wajah sang suami dipandang oleh Irisy.

Perbualan── atau lebih tepatnya pertelingkahan diantara Hazael dan Hazaen sebentar tadi bermain dalam fikirannya.

"Awak tahu El dah kahwin?" soal Irisy spontan.

Serentak dengan itu, Hazaen menoleh kearahnya. Kemudian, Hazaen berbalik memandang kearah jalan raya.

"Macam mana awak tahu El dah kahwin?" soal Irisy lagi.

"Bonda dan ayah terlepas cakap kelmarin." dalih Hazaen.

Walhal, dia tidak mendapatkan info tentang Hazael dan Eleanor daripada Puan Intan dan Encik Hazreen.

Ada orang lain yang memberitahunya.

"Kenapa awak tak beritahu saya?"

"Saya tak mahu emosi awak terganggu, cherie. Lagian pula, awak dah kahwin. Saya rasa perlu kot awak ambil tahu tetang Hazael lagi dah." ujar Hazaen. Nada suara lelaki kedengaran sedikit datar.

Irisy mengeluh perlahan. Pandangannya kembali dibuang keluar tingkap. Langit senja menjadi santapan si gadis.

Entah kenapa apabila melihat kearah langit senja, hatinya sedikit tenang. Dia suka akan waktu senja.

Senja dan langit jingganya. Sungguh indah.

Pertemuan pertama kali diantara Irisy dan Eleanor kembali bermain dalam fikirannya. Buat kesekian kalinya, Irisy mengeluh.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

LANGKAHNYA DIATUR laju kearah farmasi semula. Sekali lagi langkah Irisy mati separuh jalan. Gadis itu kaku ditempatnya. Satu susuk tubuh yang amat dikenali menyapa pandangan.

SempurnaWhere stories live. Discover now