I - 19

38 18 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LENGAN KECIL yang melingkar pada tubuhnya, Hazaen alihkan. Hazaen menapak turun daripada katil. Gadis yang masih lagi dibuai lena itu dipandang. Senyuman kecil tergores pada wajah Hazaen.

Selimut yang menyelimuti tubuh Irisy, Hazaen baiki sedikit. Kemudian, telapak tangan besar itu naik mengusap kepala Irisy.

Hazaen berjalan kearah almari baru. Sehelai hoodie berwarna putih polos dan mempunyai tulisan pada dada kiri diambil.

Kemeja yang melekap elok pada badannya Hazaen buka. Satu persatu butang bajunya dibuka sebelum kemeja berwarna putih itu dilepaskan.

Yang tersisa pada tubuhnya hanyalah sehelai singlet putih tanpa lengan yang melekat mengikut bentuk tubuh badannya.

Plak!

Bunyi tamparan menerjah Hazaen. Spontan lelaki itu menoleh kearah katil bilik tidur tersebut.

Senyuman kecil terukir pada wajahnya. Cepat - cepat dia menyarungkan hoodie berwarna putih ke tubuh.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TIDURNYA TERGANGGU dek kerana pergerakan seseorang. Irisy menggosok mata kirinya. Perlahan - lahan kelopak mata dipaksa buka. Seterusnya, Irisy menukar posisi kepada separa duduk.

Susuk tubuh Hazaen yang berjalan kearah almari itu dipandang oleh Irisy. Daripada Hazaen melepas kemejanya hinggalah lelaki itu menarik keluar sehelai hoodie.

Gadis itu tergamam. Susuk tubuh Hazaen daripada tampak belakang sahaja sudah kelihatan sempurna. Apatah lagi bila dilihat secara berdepan. Lagilah sempurna.

Hazaen memiliki bahu yang agak lebar dan mempunyai pinggang yang lebih kecil daripada bahunya── kata mudah, bentuk badan Hazaen kelihatan seperti segi tiga terbalik.

Terkebil - kebil Irisy melihat Hazaen. Patutlah dia berasa selesa sahaja berada dalam dakapan lelaki itu.

Irisy menggelengkan kepalanya, laju. Tangan kanannya naik menampar wajah sendiri.

Plak!

Membulat mata Irisy mendengarkan bunyi tamparan tersebut. Niatnya hanya mahu menampar lembut sahaja. Tak sangka pula tangannya bakal menampar pipi sendiri dengan kuat.

Irisy lekas membuang pandangannya kearah lain. Serentak dengan itu, Hazaen menoleh kearah katil yang diduduki oleh Irisy.

Senyuman kecil terukir pada wajah Hazaen. Cepat - cepat dia menyarungkan hoodie bewarna putih ke tubuh.

Patutlah sedari daripada tadi, dia terasa seperti ada orang yang sedang memerhatinya. Rupanya Irisy sendiri.

Hazaen melangkah maju kearah katil bersaiz queen itu. Dia mengambil tempat dibirai katil. Wajah Irisy dipandang.

"Hai, selamat pagi. Lena tidur?" soal Hazaen bersama dengan kekehan kecil.

Bukannya dia tidak boleh lihat betapa merahnya wajah isterinya itu sekarang.

Irisy berdecit kecil, Kepala otak dia 'Selamat pagi'. Kelutuk hati Irisy.

"Sekarang pukul berapa?" soal Irisy. Dia tidak pula lihat jam dinding dalam bilik Hazaen itu. Tak ada jam ke?

"Dua belas tengah hari, Irisy."

Membulat sepasang mata Irisy, "Kenapa tak kejutkan saya?"

"Tak sampai hati. Awak tidur lena betul. Lagian pula, saya pun baru bangun. Itu yang pergi salin baju dahulu. Rimaslah pakai kemeja."

SempurnaWhere stories live. Discover now