I - 49

37 15 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ JANTAN ITU nak datang ke tak nak ini? Dia fikir masa aku ini worth it ke untuk dibazirkan macam ini?"

Gadis yang mengenakan baju-T berwarna putih di dalam varsity jacket itu mundar - mandir dalam rumah Hazaen. Tangan kanannya digunakan untuk mengibas - kibas wajahnya.

"Ja, duduk dulu. Kejap lagi sampailah si Hazael itu." ujar Dianah. Gadis berdagu terbelah itu mengeluh kecil.

Dayana ini daripada tadi tak reti duduk diam. Mundar - mandir sahaja kerja gadis itu. Seketika kemudian, Dayana menoleh kearah Irisy.

Dia melangkah menghampiri wanita yang berada disamping Hazaen itu, "Kau dah percayakan Hazaen ke belum?"

"Kalau aku beritahu, bukannya dapat ubah apa - apa." gumam Irisy perlahan. Wajahnya tidak diangkat sama sekali. Pandangannya jatuh pada ribanya sendiri.

Dayana mengeluh kecil. Gadis itu mengalihkan pandangannya kepada Hazaen pula, "Maaf."

Hazaen menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak mengapa, "Bukan salah kau, Aya."

Bunyi bell rumah mengalihkan perhatian semua yang ada diruang tamu. Hazaen bingkas bangun daripada duduknya. Lelaki itu berjalan kearah muka pintu.

Susuk tubuh yang dinantikan telah pun tiba. Dengan senyuman terpaksa, Hazaen menjemput sepasang suami isteri masuk ke dalam rumahnya.

Tanpa segan - silu, Hazael melangkah masuk ke dalam rumah Hazaen bersama dengan Eleanor. Ditangannya terdapat sampul berwarna coklat tua.

Ruang tamu menjadi tujuan utama sepasang suami isteri itu. Dayana bingkas bangun daripada duduknya lalu beralih ke samping Ziyad── memberi ruang untuk sepasang suami isteri itu duduk.

Sampul surat tersebut, Hazael lempar ke atas meja yang berada diruang tamu tersebut. Dengan pantas, Dayana mengambil sampul surat tersebut.

Isi sampul surat tersebut dibawa keluar oleh gadis berkacamata itu. Senyuman sinis terukir pada wajah cantik Dayana.

"Aku datang dengan bukti. Kalau datang dengan tangan kosong, kau orang tak akan percaya." ujar Hazael.

Dayana menghulurkan sampul dan isi sampul tersebut kepada Hazaen. Lelaki itu menyambut huluran Dayana lalu mengambil tempat kembali disamping Irisy.

"Kau yakin ke dengan gambar yang kau siapkan ini?" soal Dayana.

Hazael mengangguk yakin, "Sangat yakin."

"Kau bodoh, El." hambur Dayana.

Isi sampul tersebut ialah borang wali ketika Irisy kemalangan beberapa bulan lepas. Terdapat juga beberapa keping gambar dalam sampul tersebut.

Dayana bingkas bangun daripada duduknya. Gadis itu berjalan menghampiri Hazael. Kolar baju Hazael, Dayana tarik kasar. Secara tak langsung, lelaki itu terpaksa berdiri.

Buk!

Satu tumbukan melayang pada Hazael. Terdorong tubuh Hazael jatuh mencium lantai. Spontan Eleanor bangun bagi mendapatkan suaminya itu.

Pantas Ziyad berlari mendapatkan isterinya itu. Tubuh kecil itu dipeluk daripada belakang.

"Bodoh! Kepala hotak kaulah, Hazael!" bentak Dayana. Sungguh gadis itu berang sekarang.

"Apa bukti kau mahu tuduh Hazaen ialah dalang disebalik kemalangan Irisy?"

Gambar dan borang yang diberikan oleh Hazael sebentar tadi dijadikan bukti untuk menuduh Hazaen sebagai pelaku kes langgar lari Irisy.

Hazael mengesat darah pada hujung bibirnya akibat tumbukan yang dilayangkan oleh Dayana sebentar tadi. Hujung bibirnya dijungkitkan.

"Tak cukup ke dengan bukti yang aku bagi itu?" soal Hazael sinis.

SempurnaWhere stories live. Discover now