I - 13

42 17 16
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ NANTI KALAU ada apa - apa perubahan, boleh segera rujuk pada doktor." ujar ahli farmasi tersebut.

Hazaen mengangguk. Seplastik ubat yang dihulurkan oleh ahli farmasi itu diambil. Irisy yang berada disamping, dipandang.

"Ibu dengan ayah tak boleh ambil awak. Mereka suruh saya yang bawa awak ke rumah." ujar Hazaen. Pelitup muka yang melorot itu dinaikkan semula.

Irisy hanya mengangguk kecil. Dia memang sudah agak daripada awal yang ibu da ayah memang tak akan dapat menjemputnya pulang. Orang tuanya itu terlalu sibuk bekerja.

Kerusi roda yang diduduki oleh Irisy, Hazaen tolak. Sesekali, lelaki itu mencuri lihat gadis yang tidak berkutik diatas kerusi tersebut.

Terkadang, Irisy hanya membelek telefon pintarnya. Mungkin gadis itu mahu memaklumkan pada Encik Fauzan dan Puan Indah bahawa dia sudah keluar daripada hospital.

Hazaen berhenti menolak kerusi roda apabila tiba disamping keretanya. Pintu kereta dibuka terlebih dahulu.

Spontan Irisy melagutkan kepalanya. Wajah Hazaen dipandang bingung, "Macam mana saya nak masuk?"

Lelaki itu sama - sama bingung. Ya tak ya juga. Macam mana Irisy mahu masuk ke dalam kereta? Bahkan untuk berjalan sahaja dia tidak mampu.

Hazaen menggumam kecil. Dia telah mendapatkan solusi bagi masalah ini tetapi solusinya itu bakal menimbulkan sedikit masalah.

Kepala ditundukkan bagi bertentang mata dengan Irisy. Hazaen mengukir sengihan janggal disebalik pelitup mukanya.

"Saya ada cara tetapi──" ayat Hazaen tergantung. Dia tidak pasti dengan solusinya itu.

"Tetapi?"

"Boleh saya dukung awak?" laju sahaja Hazaen bertanyakan soalan.

Hampir sahaja Irisy tidak memahami apa yang dituturkan oleh Hazaen dek kerana lelaki itu bertutur dengan sangat laju.

Gadis itu memandang sekitar. Kawasan parking lot tersebut sunyi. Tiada orang lain selain mereka berdua.

"Kalau awak tak mahu, saya boleh panggil──"

Irisy mengangguk laju. Kemudian, gadis itu menggelengkan kepalanya. Apa sebenarnya yang sedang dia fikirkan?

Hazaen bingung sebentar. Gadis itu mengangguk kerana bersetuju dengan cadangan awal atau cadangan yang keduanya?

Atau mungkin gadis itu hanya bengong dengan keputusan sendiri?

"Iy─iya, boleh." gugup Irisy. Wajahnya ditundukkan memandang ribanya sendiri. Tipulah kalau dia tidak malu.

Hembusan nafas Hazaen jelas kedengaran pada telinga Irisy. Seketika kemudian, Hazaen sudah pun berada disampingnya. Lelaki tersebut menundukkan sedikit tubuh.

Pandangan kedua - duanya bertemu. Senyuman kecil dikuntumkan buat Irisy sebelum tubuh kecil itu dicempung lalu diletakkan keatas seat kereta.

Pintu kereta dikatup rapat oleh Hazaen. Lelaki itu tidak terus masuk ke dalam kereta. Sebaliknya, dia melipat kerusi roda milik Irisy terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Irisy terdiam sejenak. Tangannya naik diletakkan pada dada kirinya. Degupan jantung mula berubah berantakan. Sungguh rasanya jantung dia mahu meletup sahaja.

Bahkan sebentar tadi, nafas Hazaen turut boleh dirasakan oleh gadis itu. Nafas lelaki itu menyapa hangat wajah mulus milik Irisy.

Irisy menggelengkan kepalanya beberapa. Bayangan Hazaen sebentar tadi cuba dibuang daripada ingatannya.

SempurnaWhere stories live. Discover now