I - O9

44 18 3
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ TEFAK WEH? Sumpahlah family dia pun tak tahu mana perginya Hazael itu?" soal Dianah. Membulat mata gadis itu akibat tidak percaya.

"Betulah, mak Hazael itu sendiri yang beritahu aku. Mereka ada cuba hubungi Hazael tetapi nombor telefon lelaki itu mati. Tukar nombor baharu agaknya." cerita Dayana.

"Hazael itu kalau aku dapat── memanglah. Ada hati betul dia tinggalkan Irisy macam itu sahaja. Sudahlah tak lama lagi majlis kahwin diorang." gumam Dianah, geram.

"Betul. Aku ganyang nanti tahulah dia langit tinggi ke rendah." tambah Dayana pula. Dia bersetuju dengan Dianah.

Nasib sahaja tadi targetnya meleset. Kalau tidak, memang Hazael bakal tersenarai dalam golongan yang pernah dihajar oleh Dayana.

"Jadi Hazaen mahu ganti tempat El?" soal Dianah dan Dayana mengangguk.

"Kejap, kejap. Tetapi kenapa tiba - tiba?"

Gadis berkacamata itu menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu, "Aku pun tak tahu. Mungkin dia tak mahu keluarganya tanggung malu kot?"

Dianah mengangguk beberapa kali, "Boleh diterima akal alasan itu."

"Hazaen kata nanti dia mahu berjumpa dengan Juju secara bersemuka. Dia mahu settle kan isu ini."

"Tetapi Juju mahu ke? Bahkan Chot pujuk dia untuk lakukan fisioterapi pun dia tak mahu." gumam Dianah.

Dayana sekadar menjungkitkan bahunya. Gadis itu turut kurang pasti dengan Irisy Zhulaiqa. Gadis kecil itu sukar untuk ditembak.

"Apa - apa ajalah. Aku mahu cari hadiah untuk Yad. Nak teman tak?" soal Dayana.

"Birthday Yad ke?"

"Tak adalah. Kita orang main swap hadiah. Semalam dia dah bagi hadiah pada aku. Jadi hari ini aku mahu belikan sesuatu untuk dia." jelas Dayana.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SEMANGKUK BUBUR, Marissa letakkan ke tepi. Wajah pucat lesi itu dipandang oleh Marissa. Keluhan kecil dilepaskan oleh gadis pendek itu.

"Ju... makanlah sikit. Kalau tak makan, macam mana kau mahu makan ubat?" soal Marissa.

Lima kali gadis itu mencuba untuk menyuap Irisy, lima kali jugalah gadis berambut separas pinggang itu menolaknya.

Irisy hanya diam. Sedikit pun dia tidak menoleh kearah Marissa. Pandangannya dibuang ke luar tingkap wad.

"Iya, aku faham. Aku tahu kau sedih. Tetapi Ju, kalau kau terus menerus bersedihan macam ini, ia bukan dapat merubah apa - apa pun." ujar Marissa.

Gadis berambut panjang itu hanya menggumam kecil. Pandangannya masih lagi dibuang ke luar tingkap.

"Kalau kau tak mahu aku suapkan kau... sebentar lagi keluarga kau sampai. Nanti aku suruh ibu suapkan kau. Tak pun, Kak Ngah kau." putus Marissa.

Gadis bertubuh pendek itu bangun daripada duduknya. Kedudukan kerusi dibetulkan semula sebelum dia mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik tersebut.

"Jangan sedih terlalu lama. Ia tak akan dapat merubah apa - apa pun, Ju. Lagi - lagi fizikal kau yang sekarang ini."

Kaki diangkat lalu dihayunkan kearah pintu keluar. Sejurus sahaja dia melangkah keluar, pintu ruangan tersebut dikatup rapat. Wajah Iman dipandang.

SempurnaWhere stories live. Discover now