I - 42

38 15 9
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELESAI MAKAN, Irisy bingkas bangun daripada duduknya. Pinggan dan cawan turut dibawa oleh wanita itu.

Grep.

Pergelangan Irisy, Hazaen rentap pantas. Irisy yang tadinya berdiri kembali terduduk. Dia mendengus kasar.

"Awak nampak pelik, cherie. Apa yang menganggu fikiran awak?" soal Hazaen tanpa basa - basi.

Irisy hanya sekadar menggelengkan kepalanya. Dia bingkas bangun semula daripada duduknya. Sekali lagi, Hazaen lebih pantas menarik lengan Irisy.

"Saya ada buat salah ke?" soal Hazaen lagi.

Wanita itu mengeluh. Pegangan tangan Hazaen ditepis kasar. Dia bingkas bangun lalu berjalan kearah singki── tujuan awalnya sebelum Hazaen menghalang.

Selesai mencuci pinggan mangkuk, Irisy berjalan melintasi dapur. Niatnya mahu terus naik ke bilik dan tidur.

Atau lebih tepatnya bilik tetamu.

Bunyi kaki kerusi dan lantai bergeser kedengaran. Pasti Hazaen sudah pun berdiri daripada duduknya.

Irisy menghiraukan sahaja lelaki yang bergelar suaminya itu. Dia terus menapak menaiki anak tangga. Baru beberapa langkah, Irisy terasa seperti tubuhnya ditarik daripada belakang.

Tidak hanya itu, belum sempat dia menyeimbangkan diri, Hazaen sudah pun menyudutkan wanita pada dinding. Kedua - dua belah tangannya diletakkan pada sisi kepala Irisy.

Hazaen berdecit kecil. Wanita itu ternyata lebih pantas melarikan wajahnya.

"Pandang saya, Irisy Zhulaiqa." titah si lelaki.

Namun Irisy membiarkan sahaja perintah Hazaen itu menyepi. Dia masih lagi membuang wajahnya. Tiada sikit pun niat untuk memandang wajah Hazaen.

"Kalau awak terus - terusan diam begini dan tak mahu bercakap dengan saya, awak rasa masalah boleh diselesaikan ke?"

"Jadi awak tahulah apa 'masalah' sekarang ini?" akhirnya Irisy bersuara. Dia memberani diri buat memandang kearah Hazaen.

"Saya tak tahu, cherie. Dan kerana itu, awak kena beritahu saya apa masalah sekarang ini? Kalau awak diam dan tak mahu bercakap dengan saya... macam mana saya nak tahu, sayang?" keluh Hazaen.

Irisy mengeluh. Dia melagutkan kepala bagi bertentang empat mata dengan lelaki itu. Irisy menelan ludah kesat.

Hembusan nafas Hazaen jelas terasa menyapa wajahnya. Dengan keadaan dia dan Hazaen begitu rapat, mana mungkin Irisy mahu bercakap.

Bahkan apabila sepasang mata itu memandang kearahnya sahaja dia sudah terasa gugup. Inikan pula mahu bercakap dengan keadaan yang rapat dan saling terasa hembusan nafas satu sama lain.

"Awak── tolong undur kebelakang sikit." ujar Irisy.

Hazaen tidak mendengarkan wanitanya itu. Malah dia sengaja merapatkan lagi jarak diantara mereka.

Irisy mendadak gugup. Degupan jantungnya mula berubah tempo. Dia tahu, Hazaen pasti sengaja mahu memancing penyakit gugupnya.

"Jangan ubah topik, cherie." nada suara lelaki itu kedengaran berat.

Kedua - dua belah tangan Irisy gunakan bagi menahan dada Hazaen── menahan lelaki itu daripada terus merapat dengannya.

"Tolonglah kebelakang. Macam mana saya mahu bercakap kalau awak terus - terusan macam ini?" soal Irisy. Kali ini nada suaranya kedengaran bengang.

Kekehan kecil menyapa gegendang telinga Irisy. Hazaen kembali menjarakkan diri mereka. Namun tidak dengan mengalihkan tangan lelaki itu daripada sisi kepala Irisy.

SempurnaWhere stories live. Discover now