I - 22

43 17 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ JUJU MANA?" soal Dayana. Hazaen yang sedang meletakkan dulang berisi minum itu diperhati.

"Ada dekat atas. Dia baru lepas makan ubat dengan minum susu. Lepas itu aku suruh dia tidur." jelas Hazaen.

Selesai menghidangkan air, Hazaen berjalan kearah sofa yang berhadapan dengan Dayana dan Ziyad. Dia melabuhkan punggung disitu.

"Baru nak melawat Juju." cebik Dayana. Gadis itu menjulingkan bola matanya.

"Itu pentingnya kalau nak ke rumah orang, call dahulu. Ini tidak, main terjah aja." ujar Hazaen. Lelaki itu sama - sama menjulingkan bola matanya.

Dayana menjungkitkan hujung bibirnya, "Jie ah. Katanya nak surprised bagai."

"Eh, eh. Salah saya pula?" Ziyad melemparkan padangan tidak percaya kepada Dayana yang berada disebelahnya.

Rasanya tadi, Dayana yang mahu datang senyap - senyap. Katanya, barulah surprised. Ziyad menggelengkan kepalanya.

"Dah alang - alang kau berdua ada ini, aku nak minta saran sikit."

"Apa itu?" soal Ziyad. Tangannya disilangkan pada bahagian bawah dada.

"Selain daripada lakukan rawatan fisioterapi, tak ada cara lain ke untuk Irisy boleh berjalan seperti biasa semula?" soal Hazaen.

Pandangannya beralih pada Dayana, "Kau kan bakal doktor. Tak akan tahu?"

Dayana berdecit kecil sebelum bersuara, "Kau rasa muka aku ini macam muka top student ke?"

"Haiqhaf kata kau salah seorang student yang always dapat dekan setiap semester."

Dayana melongo. Alamak, dia lupa Hazaen turut berkawan dengan Dean Haiqhaf── lelaki merangkap sebagai Professornya itu.

Gadis itu berdecit kecil. Baru nak menipu sunat pagi - pagi macam ini.

"Sebenarnya, aku kurang pasti tentang ini. Fisioterapi dan kedoktoran bukanlah bidang yang sama. Maksud aku, ia masih lagi berada under hospitalist which is still in salah satu cabang dalam bidang perubatan tetapi fisioterapi ini perlu dipelajari dengan lebih mendalam iaitu dibawah bidang Jurupulih Perubatan."

"Im not in that course. Tetapi kalau tak silap aku, kau boleh guna alternatif lain. Kalau Juju tak mahu lakukan rawatan fisioterapi ditempat yang telah disarankan... kau boleh cuba tolong dia."

"Maksud kau?"

"Ju still kena lakukan rawatan fisioterapi tetapi dirumah sahaja. And you are the one yang perlu conduct dia." jelas Dayana.

"Nanti aku cuba cari latihan yang selalu ahli fisioterapi gunakan ketika sesi fisioterapi mereka dengan pesakit." sambung Dayana lagi.

Hazaen mengangguk faham. Boleh dicuba pakai juga cadangan Dayana sebentar tadi.

"Boleh aku tahu kenapa dia tak mahu lakukan rawatan fisioterapi ini?" soal Dayana. Secangkir kopi diambil daripada dulang yang berada diatas meja.

"Dia macam tak ada keyakinan diri. Senang cerita, dia tak yakin yang dia boleh berjalan semula."

Dayana berdecit perlahan, "Pasti dia ada sebut tentang orang - orang sekitar dia, malu dengan diri dia, kan?"

Hazaen mengangguk, "She keep calling herself cacat dan menyusahkan."

Lagi - lagi Dayana mendengus kasar. Alasan itu sudah didengari berkali - kali olehnya. Sejak daripada Irisy ditahan wad beberapa minggu lepas hingga sekarang.

SempurnaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz