I - 26

44 16 6
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ TUBUH KECIL itu diletakkan keatas katil dengan penuh berhati - hati. Selimut berwarna putih polos itu ditarik sehingga menutupi pinggang Irisy.

Seterusnya, Hazaen melutut disamping sisi katil. Laci pada kabinet kecil disebelah katil itu dibuka. Bekas kecil berwarna jingga dibawa keluar.

Bekas tersebut berisi ubat pill milik Irisy yang telah Hazaen potong menjadi menjadi separuh── supaya mudah Irisy menelannya nanti.

Separuh daripada sebiji ubat pill dihulurkan kepada Irisy, "Lepas makan ubat, tidur okay? "

Irisy mengangguk. Ubat yang dihulurkan oleh Hazaen diambil lalu dibawa masuk ke dalam mulut. Pantas Hazaen menyuakan sebotol air suam kepada Irisy.

Air suam tersebut diteguk. Lekas Hazaen menyuakan telapak tangannya dihadapan wajah Irisy. Gadis itu menggelengkan kepalanya. Kemudian, Tangan Hazaen ditolak menjauh.

Selesai menelan ubat mengikut sukatan yang telah diberikan oleh pihak hospital, Hazaen membantu Irisy menukar posisi kepada baring.

Selimut ditarik sehingga menutupi paras dada gadis itu. Setelah itu, tangannya naik mengusap kepala Irisy.

"Awak baringlah dahulu. Saya nak pergi salin baju kejap. Badan saya lengket." ujar Hazaen.

Irisy hanya mengangguk sebagai balasan. Dia sudah terlalu mengantuk untuk menjawab. Bahkan untuk membuka mulut sahaja dia malas.

Selepas mendapatkan izin daripada Irisy, Hazaen mula bergerak kearah almari baju. Pintu almari dibuka. Sehelai baju-T berwarna hitam ditarik keluar.

Baju-T yang tersarung pada tubuhnya, Hazaen buka. Cepat - cepat lelaki itu menyarungkan baju-T berwarna hitam yang baharu ditarik keluar sebentar tadi.

Hazaen kembali berjalan kearah katil. Ruang kosong yang berada disebelah Irisy menjadi sasaran dia merebahkan tubuh.

Sejurus itu, Hazaen memiringkan tubuhnya. Irisy yang sudah terlelap itu ditarik perlahan── masuk ke dalam dakapannya. Tubuh Irisy, Hazaen dakap erat.

Wajahnya disembamkan pada ceruk leher si isteri. Perlahan - lahan kelopak mata dikatup rapat. Sontak, Hazaen terkejut.

Lengan kecil yang melingkar secara tiba - tiba pada pinggangnya itu berjaya membuat Hazaen kaget. Irisy yang berada dalam pelukannya itu dilihat.

Gadis itu masih lagi tertidur pulas. Tiada sebarang tanda pun kelihatan jika Irisy terjaga daripada tidurnya.

Hazaen menggelengkan kepalanya perlahan. Ubun - ubun Irisy dikucup lembut sebelum lelaki itu kembali menenggelamkan wajahnya pada leher Irisy.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PERLAHAN - LAHAN sepasang mata itu terbuka. Tangan kecil itu naik menggosok kedua - dua belah matanya. Matanya dikelipkan beberapa kali.

Perkara pertama yang menyapa pandangannya ada dada bidang Hazaen. Cepat - cepat Irisy melagutkan kepalanya. Wajah Hazaen menjadi santapan seterusnya.

Senyuman kecil terukir pada wajah Irisy. Wajah yang sedang diulit lena itu dipandang gemas. Spontan kedua - dua belah tangan kecil milik Irisy naik menangkup wajah Hazaen.

Setiap inchi pada wajah Hazaen diteliti. Bermula daripada mata sipit nan helang lelaki itu. Dibawah mata kanannya, terdapat tahi lalat kecil yang menambahkan lagi seri wajah Hazaen.

SempurnaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora