I - 29

41 15 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LAMA DIA membuang pandangan pada siling kosong yang berada diatasnya itu.

Kata - kata yang dilemparkan oleh Dayana petang tadi bermain - main dalam fikirannya. Sungguh dia terkesan dengan hamburan kasar Dayana itu.

"Kau baru sedar ke? Kau itu memang menyusahkan."

"Kalau kau dah tahu kau itu menyusahkan, lakukan sahajalah rawatan fisioterapi itu. Kau mengadu pada aku yang kau itu menyusahkan Hazaenlah, apalah. Dah itu? Lakukanlah rawatan fisioterapi itu dan berhenti menyusahkan orang - orang sekeliling kau."

"Sekurang - kurangnya jika kau boleh berjalan semula, kau dapat berhenti menyusahkan Hazaen."

Irisy menghamburkan tawa hambar. Sakit rasanya hatinya apabila dihambur sebegitu rupa. Tetapi dia tidak boleh salahkan Dayana sepenuhnya.

Dayana benar.

Dia hanya mengada. Dia boleh sahaja lakukan rawatan fisioterapi daripada awal tetapi kenapa dia kerap menolak untuk melakukan rawatan fisioterapi?

Hahaha, lawak.

Semuanya dek kerana dia terlalu penat dengan semua ini. Dia sentiasa berfikiran bahawa dia tidak boleh sembuh semula.

Rupanya dia silap. Semua itu hanyalah perasaan mengada yang menguasai diri.

"Kau baru sedar ke? Kau itu memang menyusahkan."

Benar, dia memang menyusahkan. Sampai bila dia mahu terus - menerus menyusahkan Hazaen? Sekurang - kurangnya jika dia lakukan rawatan fisioterapi, dia boleh berjalan semula.

Sekaligus dapat membantu Hazaen dan jalani hari - hari mereka selayaknya pasangan suami isteri.

Semua yang Dayana hamburkan itu benar. Terima kasih sahajalah pada Dayana Zhalifah kerana telah menamparnya dengan lidah.

Keluhan berat dilepaskan.

"Tetapi sampai bila? Saya boleh cari jalan lain untuk awak lakukan rawatan fisioterapi itu. Instead of we go to the physiotherapy center, saya boleh upah ahli fisioterapi datang ke rumah."

"Atau saya sendiri yang conduct awak nanti."

"Saya bagi awak masa untuk awak fikir dan bersedia. Seberapa lama pun masa yang awak mahu, saya akan tunggu. Tetapi tolonglah lakukan rawatan fisioterapi itu nanti."

Kini, ayat yang pernah terbit daripada mulut Hazaen pula bermain dalam fikirannya.

Cadangan Hazaen itu kedengaran bagus sekarang. Sungguh dia bingung dengan dirinya sendiri.

Orang - orang disekitarnya sibuk memikirkan cara buat dia pulih semula. Tetapi dia? Dia ulang - ulang menolak cadangan orang sekelilingnya.

Irisy memusingkan tubuhnya. Hazaen yang sudah pun lena diulit mimpi itu dipandang. Walaupun dalam samar cahaya, dia masih boleh melihat wajah pulas encik suami.

Keluhan kecil dilepaskan. Kalau biasanya, setiap malam Hazaen bakal mendodoi Irisy sehingga gadis itu tertidur. Tetapi tidak pada malam ini.

Dia memilih untuk tidur lebih awal dan membelakangi Hazaen. Tetapi lihatlah sekarang, dia tidak boleh tidur walaupun sekejap.

Perlahan - lahan Irisy mengensot mendekati Hazaen. Penuh teragak - agak, dia melingkarkan tangannya pada pinggang Hazaen. Wajah disembamkan pada dada lelaki itu.

Spontan pinggangnya terasa berat. Lengan Hazaen sudah pun melingkar kemas pada pinggangnya. Kemudian, terasa tepukan lembut pada tubuh belakang Irisy.

Irisy tersentak. Terus dia melagutkan wajahnya bagi melihat wajah Hazaen. Namun lelaki itu masih lagi memejamkan matanya.

SempurnaWhere stories live. Discover now