I - O3

63 20 18
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ NURIMAN MENINJAU tulisan yang tertera pada layar skrin komputer riba milik Irisy. Gadis berambut paras bahu itu memincingkan matanya.

Seterusnya, bahu Irisy ditunjal kuat, "Kalau kau google pasal Jen itu pun, tak akan keluarlah. Kau fikir dia orang ternama ke?"

Irisy menoleh kebelakang. Wajah Iman yang berdiri dibelakang sofa itu dipandang, "Manalah tahu. Dalam dunia ini kita tak ada yang mustahil."

Iman hanya sekadar menjungkitkan bahunya. Ruang kosong disamping Irisy menjadi sasaran gadis itu. Punggung dilabuhkan disamping Irisy.

"Tetapi boleh jadi juga. Sekarang ini bukannya zaman lockdown. Kenapa dia pakai mask pula?" gumam Iman. Gadis itu sama - sama membaca artikel yang terpapar pada skrin laptop.

"Aha! Aku dah jumpa!"

Tetikus digerakkan. Anak panah berwarna putih itu digerakkan kearah sebaris perkataan berwarna biru. Tautan tersebut ditekan.

Nuriman memincingkan matanya. Pelbagai jenis perkataan itu cuba dibacanya.

"Hazaen Idham atau lebih dikenali sebagai Jen Idham merupakan pelumba Formula One yang namanya sedang naik sekarang ini."

"Selain berprofesi sebagai seorang pelumba, Hazaen juga memeliki beberapa cawangan kafe diseluruh Malaysia. Beliau juga turut melibatkan diri dalam dunia permodelan. Beliau bekerja dibawah syarikat berjenama Ferragamo." sambung Irisy pula.

Kedua - duanya saling bertukar pandangan. Irisy sudah pun terkebil - kebil ditempatnya. Iman juga tidak kalah jauh. Gadis itu turut tidak percaya dengan apa yang dibaca olehnya sebentar tadi.

"Maksud kau... Jen ini F1 racer yang Jaja minat itu?" soal Irisy dan Iman mengangguk.

"Gila. Ini kalau Jaja tahu, meroyan habis minah itu." tambah Iman pula.

Irisy mengangguk, "Tetapi kau tak rasa ke nama dia macam dekat - dekat dengan nama Hazael?" soal Irisy.

"Apa nama penuh Hazael?"

"Hazael Idham."

Lagi - lagi dua orang gadis itu dibuat terkejut. Tangan, Iman gerakkan kearah tetikus, "Cuba cari tahu tentang latar belakang keluarga dia."

Pautan lainnya ditekan oleh Iman. Sekelip mata, ribuan huruf tertera pada layar komputer riba.

"Hazaen merupakan anak sulung daripada dua orang adik - beradik. Dikhabarkan adiknya juga seorang lelaki tetapi masih belum diklarifikasikan oleh beliau." Iman membaca ayat yang tertera pada artikel tersebut.

"Info ini diberikan oleh salah seorang peminat Hazaen yang tidak sengaja terlihat Hazaen dengan seorang lelaki yang mempunyai paras rupa yang saling tidak ubah dengan beliau." sambung Iman lagi.

"Dikhabarkan juga, Hazaen seorang yang terlahir dari keluarga yang berada. Hanya kerana beliau pernah mengatakan bahawa dia pernah menetap di Edinburg selama 10 tahun dan menyambung belajar dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Edinburg." kali ini, Irisy pula yang membaca.

Irisy dan Iman jeda. Kedua - duanya saling bertukar pandangan. Seketika kemudian, Iman membuka mulutnya.

"Bukan ke Hazael pernah belajar dekat Edinburg juga?" soal Iman.

Gadis berambut panjang itu mengangguk.

"Entah - entah Hazaen ini abang Hazael? Tengok muka pun lebih kurang sahaja." ujar Iman lagi.

"El tak pernah cerita dia ada abang pun pada aku. Mungkin hanya pelanduk dua serupa kot." gumam Irisy.

Latar belakang keluarga Hazael sangatlah misteri. Dia tidak pernah mengetahui lebih tentang lelaki bernama Hazael itu.

SempurnaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon