I - 5O

42 14 11
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ SEBENARNYA AKAK nak Aya tolong akak sesuatu tetapi jangan libatkan orang lain."

Dayana mengerutkan dahinya, "Susah sangat ke benda yang akak nak saya buat ini?"

"Tak susah tetapi agak rumit."

"Tak susah tetapi rumit. Bukan ke membawa makna yang sama?" gumam Dayana.

Tangannya diseluk masuk ke dalam bekas Mister Potato. Sekeping kepingan kentang dibawa keluar lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Akak cuma nak Aya tolong akak selesaikan satu isu ini. Dan isu berkait rapat dengan dalang disebalik ciapan yang sedang tular sekarang ini." jelas Thiana.

Wanita itu mengeluh, "Akak tak mahu rencana kita gagal. Jadi akak harap Aya boleh lakukan perkara ini sendirian."

Dayana mengangguk faham. Begitu rupanya Thiana mahu dia lakukan. Melakukan kerja seorang diri itu bukanlah masalah besar baginya.

Tetapi serumit apa rencana yang bakal dirancang oleh Thiana adalah masalah bagi Dayana.

"Pemilik akaun yang menyebarkan ciapan palsu itu, Eleanor. Perempuan yang Dayana jumpa kelmarin."

Sontak Dayana mengerutkan dahinya. Perempuan yang dia jumpa kelmarin? Masalahnya, dia jumpa ramai orang.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

"HAI KAK Thia. Serious nampak. Bual apa?" soal Dayana. Tidak lupa juga buat menayangkan senyumannya.

Jururawat bernama Thiana itu tersenyum kecil. Mukanya kelihatan cuak ketika itu, "Hai Aya. Dah habis kelas ke?"

"Urm baharu je habis. Hari ini Professor Dean lepaskan lambat sikit. Dia terlaluk berbual pula dengan kita orang."

"Oh, ini nak balik dah ke tunggu suami?" soal Thiana.

"Eh, baliklah. Nak tunggu si Yad itu buat apa. Sayakan naik motor ke fakulti."

Thiana mengangguk faham. Senyuman kecil diukirkan kembali buat Dayana.

Namun Dayana mulai curiga dengan senyuman Thiana. Senyuman wanita berprofesi sebagai jururawat itu kelihatan lain.

Sepertinya dia memaksa dirinya buat tersenyum.

Kemudian, Dayana menoleh pula pada wanita yang sedikit tinggi daripadanya itu. Senyuman lebar diukirkan buat wanita tinggi tersebut.

"Hai, buat apa dekat sini?" soal Dayana, ramah.

Tentu - tentulah ada urusan yang berkait rapat dengan hospital. Soalan bodoh apa kau tanya ini, Dayana? kelutuk hatinya sendiri.

"Check-up baby." jawabnya.

"Seorang je ke? Husband mana?"

"Ada itu, dekat ruang menunggu sana." ujar gadis tinggi itu seraya menundingkan jari kearah seorang lelaki.

Secara tidak sengaja, anak mata Dayana dan lelaki tersebut bersambung. Senyuman kecil terukir pada wajah Dayana.

Jadi benarlah lelaki yang diakui oleh wanita itu ialah Hazael.

"Apa nama?" soal Dayana kepada wanita itu.

"Eleanor Rozana."
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SempurnaWhere stories live. Discover now