I - O6

53 15 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEPERTI YANG dijanjikan, Irisy keluar awal pagi semata - mata mahu bertemu dengan Hazael.

Lagian pula majlis sudah semakin dekat. Mahu tidak mahu, dia perlu menepikan perasaan cemburu dan marahnya terhadap Hazael terlebih dahulu.

Telefon pintar dikeluarkan daripada beg tangan. Nombor Dianah dicari lalu ditekan kontak nama gadis itu.

Sebaik sahaja talian disambungkan, Irisy membuka mulut terlebih dahulu, "Aku dah sampai ini."

"Hati - hati. Kalau apa - apa nanti call aku." pesan Dianah.

Irisy menggumam kecil. Serentak, gadis itu mengangguk faham, "Okaylah, cau dulu. Nanti aku telefon kalau ada apa - apa yang berlaku."

Panggilan diputuskan oleh sebelah pihak. Irisy kembali memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg tangan. Sejurus itu, leher dipanjangkan buat mencari susuk tubuh tunangnya.

Irisy memincingkan matanya. Sudah hampir setengah jam gadis itu menunggu diruang parking lot. Namun bayang Hazael masih lagi tidak kelihatan.

Gadis berbaju blouse putih itu mulai resah. Hazael tidak pernah lambat sampai macam ini sekali. Paling tidak lewat sepuluh minit.

Telefon pintar kembali dikeluarkan daripada tas tangan. Nombor Hazael dicari bagi mendail lelaki tersebut.

Irisy berdecit perlahan. Panggilan tidak bersambung. Malah siap ditolak lagi panggilan gadis itu. Sekali lagi Irisy mencuba.

Sambil menunggu panggilannya berjawab, Irisy mundar - mandir diruangan basement itu. Sesekali telefon pintar dijauhkan daripada kuping telinga.

Hazael masih lagi tidak menjawab panggilannya. Bahkan sesekali, panggilan telefon gadis itu ditolak mentah - mentah oleh Hazael.

"IRISY!"

Irisy menoleh kearah punca suara. Namun nihil tiada seorang pun yang kelihatan pada ruangan parking lot tersebut.

Yang menjadi santapan matanya sekarang adalah silau daripada cahaya lampu kereta. Irisy tergamam. Tubuhnya kejung.

Skrekk!

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

BUNYI DERAPAN kaki jelas kedengaran menghiasi lobi utama Pusat Perubatan Universiti Malaysia itu.

Kaunter pendaftaran dirujuk oleh Dianah. Iman yang berada dibelakang setiasa mengikuti langkah gadis bertudung putih itu.

"Boleh saya tahu nombor ward Irisy Zhulaiqa binti Mohd. Fauzan?" soal Dianah.

"Sebentar ya. Saya perlu buat semakan terlebih dahulu." ujar jururawat tersebut.

Dianah mengangguk kecil. Gadis manis bertudung putih itu mengeluh kecil.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

❝ CIK INI kenalan Irisy Zhulaiqa?" soal satu suara disebelah sana.

"Iya, saya. Ada apa yang boleh saya bantu?"

Hatinya mula berdebar - debar menunggu si pemanggil bersuara. Sepertinya sesuatu yang buruk sedang berlaku.

"Saya Doktor Waiz daripada unit kecemasan PPUM. Cik Irisy dikejarkan ke unit kecemasan kurang daripada sejam tadi. Boleh Cik datang ke PPUM sebagai waris ataupun maklumkan pada waris Cik Irisy?"

"Boleh, Doktor. Kejap lagi saya sampai."

Titt.

Dianah menamatkan panggilan diantaranya dan Doktor tadi. Decakan kasar keluar daripada bibir gadis itu.

SempurnaWhere stories live. Discover now