I - 39

39 14 7
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ LELAKI DALAM posisi separa duduk itu mengukir senyuman kecil. Gambar - gambar yang berada dalam telefonnya dibelek.

Gambar Irisy yang ditangkap secara diam - diam oleh Hazaen. Leka betul Irisy melihat senja hinggakan kehadiran Hazaen disebelah, dilupakan.

Hazaen mengekehkan tawa kecil. Satu fakta yang baru dia ketahui hari ini adalah perihal Irisy dan senja. Gadis itu gemar akan senja ternyata.

Tetapi tidak heranlah. Tak Irisy, tak senja, kedua - duanya sama - sama indah.

Klak.

Pintu bilik dibuka sedikit. Terus Hazaen menurunkan telefon pintarnya. Daun pintu yang terbuka sedikit itu dipandang.

Kepala Irisy muncul diantara celah pintu tersebut. Gadis itu memandang kearah Hazaen yang berada diatas katil itu.

"Iya?" soal Hazaen. Wajah cantik itu dipandang bingung.

"B─boleh tak saya nak pinjam baju awak? Baju saya terjatuh atas lantai bilik air. Jadi secara tak langsung ia basah." pinta Irisy bersama dengan gugupnya.

"Awak tak ada baju lebih dah ke?" soal Hazaen dan Irisy menggeleng.

Lelaki itu bingkas melangkah turun daripada katil. Bagasi dihampiri lalu dibuka. Sehelai baju-T berwarna putih polos miliknya diambil. Kemudian, Hazaen melangkah kearah bilik air.

"Nah tetapi baju saya besarlah. Tak apa ke?" Hazaen menghulurkan baju-T tersebut.

Irisy mengangguk. Baju-T milik Hazaen diambil, "Tak apa."

Daun pintu kembali dikatup oleh Irisy. Hazaen sekadar menjungkitkan kedua - dua belah bahunya. Lelaki itu kembali berjalan kearah katil.

Tubuhnya dihempaskan keatas katil tersebut.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

IRISY MENGELUH kecil. Pantulan dirinya pada cermin dilihat. Baju-T milik Hazaen sudah pun tersarung elok pada tubuh gadis itu.

Ukurannya sangatlah tidak pas. Hujung baju tersebut melebih paras lutunya. Bahagian lengan baju berlengan pendek itu turut menutupi sikunya.

Namun masalah sekarang ini, seluarnya turut jatuh ke lantai juga. Dia lupa mahu minta seluar juga pada Hazaen.

Memanglah baju-T milik Hazaen mampu menutupi hingga ke paras lutut tetapi dia malu. Tak akanlah dia mahu keluar dalam keadaan begini sahaja?

Malulah!

Tok! Tok!

Bunyi ketukan pada pintu kedengaran dan diikuti dengan suara Hazaen, "Awak okay? Lama betul awak dalam bilik air."

"Saya okay."

"Dah siap belum? Baju saya itu besar sangat ke? Awak nak saya cari baju lain ke?" soal Hazaen lagi.

"T─tak adalah! Baju awak muat sahaja pada saya. Cuma besar sikit." bidas Irisy pantas.

Gadis itu mula gelisah. Baju - baju kotor yang berada dalam bilik air itu diambil. Hembusan nafas dilepaskan sebelum pintu bilik air dibuka.

Susuk tubuh Hazaen merupakan pandangan pertama yang menerjah matanya. Irisy menelan ludah kesat. Jantungnya mula berdegup laju.

"B─boleh awak berganjak?"

Ah! Ini apahal asyik gugup sahaja hari ini? kelutuk hati Irisy.

Hazaen mengerutkan dahinya. Penampilan Irisy dipandang atas bawah. Senyuman kecil terukir pada wajah Hazaen. Irisy nampak lebih comel apabila mengenakan pakaian miliknya.

SempurnaWhere stories live. Discover now