I - 23

46 17 5
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SIULAN KECIL terbit daripada ulas bibir berbentuk hati itu. Kedua - dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket kot berwarna putih.

Dia melompat kecil seraya melangkah. Hatinya berbunga - bunga daripada pagi sehinggalah tengah hari ini.

Siapa sahaja tak suka dapat makan tengah hari percuma? Hari ini, Professor Dean Haiqhaf dengan suka hatinya mahu belanja kumpulan yang dijaganya.

Dan Dayana merupakan salah seorang yang berada dalam kumpulan dibawah bimbingan seorang Dean Haiqhaf.

Langkahnya mendadak mati apabila melintasi koridor pusat perubatan tersebut. Dayana mengundurkan langkahnya kebelakang beberapa tapak.

Dia bersembunyi disebalik dinding yang memisahkan laluan ke wad dan lobi itu. Kepala dijegulkan sedikit.

Dayana memincingkan matanya. Sepasang suami isteri yang berada dihadapan kaunter diperhatikan oleh gadis itu.

Membulat sepasang mata sipit itu melihat gerangan yang sedang berurusan dengan jururawat yang berada di kaunter itu.

Poket seluar diseluk. Telefon pintar dikeluarkan lalu aplikasi kamera dibuka. Telefon tersebut dihalakan kearah sepasang suami isteri yang berada dikaunter tersebut.

Klik!

Sepasang suami isteri tersebut menoleh kearah Dayana. Tidak dengan mereka berdua, hampir kesemua mata yang berada di lobi tersebut memandang kearah dinding permisah tersebut.

Hampir sahaja telefon yang dipegang oleh Dayana terlepas. Cepat - cepat telefon pintarnya dimasukkan ke dalam poket. Dia kembali memusingkan tubuhnya── membelakangi kawasan lobi.

Dayana berjalan laju tanpa arah. Ruas dahinya ditepuk berkali - kali.

"Bodoh, bodoh, bodoh! Macam mana kau boleh lupa nak off flashlight belakang itu, Dayana Zhalifah." kutuk gadis itu pada dirinya.

Nasib sahaja tiada siapa yang perasan dia sedang mengintip seseorang. Kalau tidak, habis kantoi busuk kegiatan jahatnya itu.

Telefon pintarnya kembali dikeluarkan. Nombor telefon seseorang dicari. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu gambar yang diambil sebentar tadi dikirimkan kepada seseorang.

Dayana : Guess who i saw just now?

: Shit, it's──

Dayana : Ya, it is.

: Boleh kau datang rumah aku? Sekarang juga.

Dayana : Aku nak makan tengah harilah.

: Nanti aku belikanlah lunch kau. Gerak sekarang juga.

Dayana : Lepas ini aku ada kelaslah.

: Nanti aku mintalah excuse dengan lecture kau.

Dayana berdecit kasar. Baru sahaja dia mahu makan free tengah hari ini. Habis hancur terburai niatnya dek kerana gerangan tersebut.

Telefon pintar kembali dimasukkan ke dalam poket seluar. Dayana kembali memusingkan tubuhnya. Sempat - sempat dia meninjau sepasang suami isteri yang di intipnya sebentar tadi.

Nafas panjang disedut sebelum gadis itu berlari melintasi kawasan lobi pusat perubatan. Lantaklah orang mahu gelar dia apa pun sekarang ini.

Yang penting dia boleh lepas daripada sepasang suami isteri tadinya.

"Hoi, Dayana!" laung Thiana sebaik sahaja gadis itu melintasi kaunter.

Dayana melambaikan tangannya kebelakang tanpa menoleh. Gadis itu meneruskan aksi lariannya, "Bye, Kak Thiana! Saya ada urusan!"

SempurnaWhere stories live. Discover now