I - 25

45 16 10
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SUSUK TUBUH yang sedang menukar pakaian itu, Irisy pandang mahu tidak mahu. Sekejap pandangan dibuang kearah lain. Sekejap lagi pandang semula kearah Hazaen.

Walaupun tak berdosa tetapi dia tetap malu dengan Hazaen. Wajahnya dikipas menggunakan tangan. Tiba - tiba terasa bahang pula.

Hazaen memusingkan badannya. Lelaki itu sudah pun selesai menukar bajunya. Irisy yang duduk dibangku itu dihampirinya.

"Jom, saya dah siap." ujar Hazaen seraya mendepakan tangannya.

Dengan senang hati, Irisy mengalungkan tangannya pada batang leher si suami. Seterusnya, tubuhnya terasa seperti diawang - awangan.

Hazaen mula melangkah keluar daripada bilik persalinan. Langkah diatur kearah Mateen yang sudah pun berada di tempat penonton.

"Hai pengantin tak berapa nak baharu. Lamanya kau tukar baju." omel Mateen. Dia bercekak pinggang sambil memandang kearah Irisy dan Hazaen.

Lelaki itu mengoyakkan senyuman kecil. Irisy diturunkan ke atas kerusi penonton. Tangan kekar itu naik mengusap kepala isterinya itu. Kemudian, fokus dialihkan pada Mateen.

"Macam tak biasa." cebik Hazaen.

"Sudah, pergi berlatih sana." halau Mateen. Tangan dikibas - kibaskan seolah - olah menghalau Hazaen.

Lagi - lagi Hazaen mencebik. Sempat lelaki bertubuh bagus itu menolak bahu Mateen. Dia mula melangkah kearah kereta.

Helmet disarungkan sebelum Hazaen melangkah masuk ke dalam kereta lumba tersebut.

Setelah Mateen melaungkan isyarat bagi lelaki itu mula memandu, baharulah kereta lumba itu meluncur laju.

Irisy jadi terkebil - kebil. Gilalah, bapak laju!

Mateen mengambil tempat kosong disamping Irisy. Kipas elektrik berwarna merah jambu yang dipegang olehnya dihulurkan kepada Irisy.

Seakan faham dengan riak bingung yang ditayangkan oleh Irisy, Mateen bersuara, "Kipas ini Hazaen suruh aku beli tadi. Dia takut kau panas semasa teman dia berlatih."

Gadis yang bergelar isteri Hazaen itu mengangguk faham. Kipas tersebut disambut lalu diarahkan kearah wajahnya.

"Terima kasih." ucap Irisy.

"Sama - sama."

Fokus Irisy kembali kepada litar Sepang itu. Kereta yang dipandu oleh Hazaen hanya boleh dilihat samar - samar.

Lagi - lagi gadis itu dibuat kagum. Tipulah kalau dia tak mahu puji Hazaen berbaldi - baldi penuh. Lihat sahaja cara lelaki itu mengendalikan kereta ringan itu.

Attractive teruk!

Daripada cara lelaki itu mengambil lap sahaja sudah gila. Macam mana Hazaen boleh seyakin itu untuk membawa laju ketika mengambil lap?

Sudahlah kereta Formula One itu boleh dikatakan lebih ringan berbandingan dengan kereta biasa. Tak takut terbang ke?

"Dulu lepas sahaja Hazaen habis belajar, dia tak mahu bekerja dengan syarikat ayahnya. Dia lebih memilih untuk menjadi seorang pelumba kereta daripada mewarisi syarikat Tuan Hazreen."

Spontan Irisy memalingkan wajahnya kearah Mateen. Lelaki itu dipandang bingung.

"Dia tak mahu senang atas usaha orang lain. Dia mahu senang atas usaha sendiri. Beberapa tahun kebelakangan ini── setelah Hazaen berjaya memenangi pelumbaan, nama Hazaen naik mencanang - canang dan perkara itu membuka pintu rezeki buat Hazaen." cerita Mateen.

SempurnaWhere stories live. Discover now