II - O9

38 12 0
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  ❝ TAHNIAH, ARELL. Gempaklah kamunya. Pandai pandai ini makan apa? Otak kancil, ya?”

“Banyaklah kau makan otak kancil.” bidas Irisy. Lengan Dayana, Irisy cubit kasar.

Dah jadi mak orang pun perangai masih sama.

“Habis itu... Iedan pandai makan apa pula? Makan otak kau? Iyalah, kau kan pandai.” ujar Irisy seraya memulangkan paku buah keras.

Dayana mengangguk yakin, “Aah, setiap kali sarapan aku cubit sikit isi otak aku... kasi ke Iedan.”

Akhirnya, wanita itu menghamburkan tawa. Dayana menarik bahu Ziddane supaya menghampirinya.

“Dua orang dah ke anak kau?” kali ini Hazaen pula bersuara.

Anak kecil berumur lebih kurang setahun yang berada dalam dukungan Ziyad, Hazaen tunding. Kemudian, lelaki itu memandang kearah Ziddane pula.

“Iya, dah dua orang. Abang lama sangat hilang sampai anak Yad dah dua orang dah.” jawab Ziyad bersama dengan kekehan kecil.

“Bongsulah itu? Tak mahu tambah lagi ke?” soal Hazaen lagi.

Sekarang, Hazaen kedengaran seperti makcik - makcik persatuan bawang holland bersatu. Soalan wajib ditanya selain, ‘bila nak kahwin?’ dan ‘bila nak ada anak?’

“Bongsulah ini. Cukuplah dua orang je. Kesian Aya. Jadual kerja dia terlalu padat. Jadi Yad tak mahulah dia penat.” jelas Ziyad.

Hazaen mengangguk faham, “Baguslah Yad kalau fikir macam itu. Saling toleransi itu bagus.”

Lelaki itu mengeluh kecil. Dia melirik Irisy yang disampingnya. Wanita itu masih lagi sibuk berbual dengan Dayana.

Saling bertolak ansur atau kata lainnya toleransi sangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Tidak kisahlah hubungan persahabatan, pencintaan mahupun kekeluargaan.

Sikap toleransi dan bertolak ansur sangatlah penting dan perlu dipraktikan. Tidak boleh selalu bersikap pentingkan diri dan tidak memikirkan orang sekeliling.

Dan itu── merupakan salah satu punca mengapa dia dan Irisy berpisah.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

TANGAN KECIL yang menggenggam jari telunjuk dan jari tengah Hazaen itu, dia pandang. Anak kecil yang sedang sibuk menjilat aiskrim itu berjalan diantara Hazaen dan Irisy.

“Lepas ini Arell nak ke mana lagi?” soal Irisy. Wanita itu turut memegang tangan kecil anaknya.

“Tak tahu. Ikut umi dengan abi, lah. Umi dengan abi nak ke mana?” soalan dibalas dengan soalan.

“Kalau Arell tak mahu ke mana - mana, kita balik ajalah. Umi tak ada nak ke mana - mana dah.”

Hairell menggelengkan kepalanya, “Arell tak nak balik rumah lagi.”

“Kalau macam itu... disebabkan Arell dapat nombor dua, abi belanja lego nak? Kita boleh singgah kedai lego sekejap.” cadang Hazaen.

Memandangkan mereka sudah berada di Pasaraya, bolehlah Hazaen membelikan Hairell hadiah sebagai tanda tahniah atau mungkin terima kasih kerana telah bekerja keras sebagai seorang pelajar.

Sekalian, sebagai bukti yang dia benar - benar bangga dengan Hairell.

Laju sahaja Hairell menganggukkan kepalanya. Kepala dilagutkan bagi melihat Hazaen. Senyuman lebar jelas kelihatan pada wajah anak kecil itu.

SempurnaWhere stories live. Discover now