I - 4O

42 14 9
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SELEPAS SAHAJA daftar keluar, sepasang suami isteri itu singgah sebentar di festival makan. Festival tersebut dijalankan dipersisiran pantai.

Memandangkan Irisy seorang pencinta makanan, Hazaen turutkan sahaja permintaan wanita itu buat ke festival makan tersebut.

Kini, dia berjalan disamping Irisy. Tangan kecil itu digenggam menggunakan tangan kanannya manakala sebelah tangan lagi, Hazaen guna buat memegang makanan yang telah dibelikan oleh gadis tersebut.

Irisy yang berada disamping, Hazaen toleh, "Awak nak cari makanan apa lagi?"

"Saya rasa dah cukup. Awak tak nak cari stall ice cream ke?" soal Irisy. Biasanya lelaki itu bakal melakukan ice cream hunting apabila keluar.

Hazaen mengangguk laju, "Sudah tentu nak. Siapa cakap tak nak?"

"Saya tak cakap pun. Awak yang cakap." ujar Irisy seraya menjungkitkan kedua - dua belah bahunya.

Hazaen menggelengkan kepalanya. Pegangan pada tangan kecil itu semakin dieratkan. Sepasang mata helang itu meliar mencari gerai yang menjual aiskrim.

Dia mahu segera mendapatkan aiskrim dan pulang ke Kuala Lumpur dengan segera. Mateen baru sahaja memberi tahunya bahawa ada stok barang baharu masuk.

Hazaen masih belum memberitahu perihal ini. Dia tidak mahu merosak mood wanita itu buat berjalan - jalan mencari makan── food hunting.

Nanti - nanti sahajalah dia uruskan stok barang baru masuk itu. Bukannya stok barang itu lari. fikirnya begitu.

Langkah Irisy mati. Begitu juga langkah Hazaen. Langkah lelaki itu sama - sama mati apabila Irisy mendadak berhenti.

Wanita itu menunding jari kearah sebuah truck yang menjual aiskrim, "Sana ada truck yang jual aiskrim. Tak mahu pergi tengok?"

Hazaen melihat kearah truck yang ditunding oleh Irisy. Benar, terdapat sebuah truck yang menjual aiskrim disitu.

"Boleh juga." gumam Hazaen.

"Jom!" ajak Irisy girang. Tangan Hazaen ditarik oleh wanita tersebut. Langkah diatur kearah truck yang dimaksudkan.

Sang suami hanya mengikuti langkah si isteri. Seterusnya, Hazaen menggelengkan kepalanya. Entah siapa yang mahukan aiskrim pun Hazaen tidak tahu. Rasanya dia yang mahukan aiskrim tetapi kenapa orang lain pula yang teruja?

Tidak mengambil masa yang lama, mereka akhirnya tiba dihadapan truck tersebut. Pegangan pada tangan Irisy dilepaskan.

Hazaen menoleh kearah Irisy, "Awak nak aiskrim tak?"

"Tak mahu."

Hazaen memincingkan matanya, "Betul ini tak mahu?"

"Betul."

"Yakin tak mahu?" soal Hazaen lagi untuk kepastian.

"Iyaa, Jen. Awak belilah untuk diri awak sahaja. Saya dah beli banyak makanan." ujar Irisy seraya meyakinkan Hazaen. Jarinya ditundingkan kearah pelbagai plastik makanan yang dipegang oleh Hazaen.

"Awas awak kalau tiba - tiba minta aiskrim saya." amaran dilayangkan oleh Hazaen. Selepas itu, Hazaen memusingkan tubuhnya menghadap penjual aiskrim.

"Iwis iwik kiliu tibi - tibi minti iskrim siyi ( awas awak kalau tiba - tiba minta aiskrim saya )." ajuk Irisy.

Spontan Hazaen menoleh memandang kearah Irisy semula. Lelaki itu menyipitkan mata memandang kearah Irisy.

Serentak dengan itu, Irisy terdiam. Dia membuang pandangannya kearah lain── buat - buat seperti tiada apa - apa yang berlaku. Walhal dia baru sahaja mengajuk Hazaen.

SempurnaWhere stories live. Discover now