I - 12

45 17 6
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ CANGGUNG.

SATU ayat itu sudah cukup menggambarkan keadaan sepasang manusia berlainan jantina di dalam ruangan tersebut.

Hazaen mengeluh kecil. Sebekas bubur diletakkan keatas meja kecil disebelah katil. Susuk tubuh Irisy dipandangnya.

Sama sahaja seperti semalam, Irisy lebih gemar membuang pandangannya keluar tingkap berbanding memandang lawan mainnya.

"Kawan awak kata, awak tak mahu makan makanan hospital. Jadi saya turun belikan something else untuk awak." Hazaen bersuara── memecahkan hening diantara mereka.

Irisy hanya menggumam kecil, "Letak sahaja atas meja itu."

"Awak kenalah makan dahulu. Kalau tak makan macam mana mahu makan ubat?"

"Kalau makan ubat bukan dapat merubah apa - apa pun." dihujung ayat, Irisy berdecit kecil.

"Kesan itu ubat tak secepat itu, Irisy. Awak kenalah konsisten kalau nak cepat sihat."

Lagi - lagi gadis itu menggumam kecil. Sedikit pun dia tidak menoleh memandang Hazaen daripada tadi.

"Irisy... makan sikit ya?" pujuk Hazaen.

Akhirnya, gadis itu mengeluh. Dia mengalah dengan Hazaen. Irisy memalingkan wajahnya kearah Hazaen. Tangan kiri dihulurkan kepada lelaki tersebut.

"Baklah, makanan itu." pinta Irisy.

Hazaen mengangguk. Semangkuk bubur yang berada diatas meja makan, Hazaen ambil lalu diletakkan keatas tangan Irisy.

Telepak tangan Irisy dipandang oleh Hazaen. Jelas sekali tangan gadis itu menggigil hebat. Ditambah pula dengan fius yang berada dikekura tangan gadis itu menjadi Irisy sukar untuk memegang sesuatu.

Mangkuk bubur kembali ditarik, "Saya suapkan."

Irisy menggelengkan kepalanya, laju. Tanda dia benar - benar tidak bersetuju dengan Hazaen.

"Tangan awak menggigil, Irisy. Nanti bubur ini tumpah atas riba awak. Lagian pula bubur ini panas. Takut riba awak melecur pula nanti." tutur Hazaen, lembut.

Gadis berambut separas pinggang itu menurunkan tangannya. Apa yang dikatakan oleh Hazaen itu benar. Tangannya terlalu lemah untuk memegang sesuatu.

Penutup bekas bubur dibuka. Sesudu bubur disuakan kepada Irisy. Gadis itu menganga kecil. Bahkan untuk membuka mulut sahaja dia tidak mampu.

Sudu plastik berwarna putih itu kembali ditarik oleh Hazaen. Wajah pucat itu dipandangnya daripada samping. Segaris senyuman terukir pada wajah tampan Hazaen.

Seterusnya, pandangan ditundukkan pada mangkuk bubur yang berada diatas ribanya. Sudu yang berada di dalam bekas itu dimainkan oleh Hazaen.

"Awak dah makan?"

Spontan Hazaen mengangkat wajahnya. Lelaki itu mengangguk. Walaupun sebenarnya, belum menjamah apa - apa lagi pagi itu.

"Nak lagi?" soal Hazaen dan Irisy mengangguk.

Sesudu lagi bubur disuakan pada gadis itu. Mulut dibuka lalu dimasukkan sudu tersebut ke dalam mulutnya. Bubur yang berada di dalam mulut, ditelan perlahan.

Selesai habis menelan bubur tersebut, Irisy kembali menoleh kearah Hazaen── menandakan gadis itu masih mahu makan lagi.

Hazaen yang faham akan pandangan yang diberikan oleh gadis itu, kembali menyuakan sudu yang berisi bubur semula.

Selepas hampir sepuluh minit menyuap Irisy, akhirnya bubur yang berada dalam mangkuk itu habis. Licin, tiada sedikit pun sisa bubur yang terdapat dalam mangkuk tersebut.

SempurnaWhere stories live. Discover now