I - 21

47 18 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEMINGGU BERLALU setelah majlis perkahwinan diantara Irisy dan Hazaen berlangsung.

Tiada apa - apa yang menarik pun berlaku diantara mereka. Hanya perkara yang sama diulang - ulang oleh mereka── bangun pagi, Hazaen siapkan sarapan, makan tengah hari, bagi Irisy makan ubat, makan malam, tidur.

Begitulah perkara yang diulang - ulang oleh mereka berdua sebagai sepasang suami isteri. Hanya terkadang, kedua - duanya sibuk bermain dengan Bunga.

Itu sahajalah perkara yang dilakukan.

Hazaen juga tidak pergi ke kerja selama seminggu ini. Atas alasan apa pun Irisy tidak tahu. Dia belum ada kesempatan buat bertanyakan hal itu kepada Hazaen.

Bunyi derapan kaki menuruni anak tangga menerjah telinga Irisy. Terus Irisy memalingkan wajahnya kebelakang── kearah tangga rumah tersebut.

Penampilan Hazaen diteliti oleh Irisy. Lelaki itu hanya mengenakan baju-T berwarna putih dah seluar track hitam. Rambut Hazaen kelihatan masih basah── menandakan lelaki itu baru sahaja selesai mandi.

Serasa dirinya diperhatikan, Hazaen memandang kearah Irisy. Sekuntum senyuman diberikan kepada isterinya.

"Tengok drama ke?" soal Hazaen. Dia berjalan menghampiri Irisy. Ruang kosong disamping Irisy, Hazaen ambil.

Irisy mengangguk. Matanya tertancap pada layar televisyen. Drama bertajuk 'All That We Loved' yang berasal daripada Korea Selatan itu dimainkan.

Drama tersebut dibintangi oleh Oh Se Hun, Jo Joong Young dan Jang Yeo Bin.

"Best ke cerita dia?" soal Hazaen lagi.

Gadis itu menjungkitkan bahunya, "Entahlah, baru tengok episod satu. Cerita ini Jaja yang suggest kelmarin. Katanya Sehun berlakon. Dia kan minat Sehun."

"Dia itu semua minat." kelutuk Hazaen.

Irisy mengangguk── mengiyakan apa yang dikatakan oleh Hazaen itu. Dayana itu semua minat. Apa sahaja yang gadis itu tidak minat?

"Awak tak kerja ke? Sepanjang seminggu ini, saya tengok awak ada sahaja dalam rumah ini." soal Irisy. Hasratnya untuk bertanyakan soalan tersebut akhirnya tercapai.

"Tak, saya suruh Mateen tolak sahaja apa - apa tawaran modeling untuk beberapa minggu ini. Tetapi kalau racing, belum ada game lagi. Jadi tak adalah saya ke Sepang." jelas Hazaen.

Mulut Irisy membentuk huruf 'O'. Patutlah Hazaen tidak keluar bekerja seminggu ini.

"Awak ada kafe, kan?" soal Irisy lagi dan Hazaen mengangguk.

"Habis itu, siapa yang uruskan kafe awak?"

"Pekerja sayalah. Saya jarang masuk kafe. Melainkan kalau ada stok barang baharu masuk, barulah saya ke kafe." jelas Hazaen.

Irisy mengangguk faham. Selang beberapa saat, Irisy menoleh kearah Hazaen. Wajah lelaki itu dipandang daripada samping.

"Banyaknya pekerjaan awak. How do you manage your time untuk semua pekerjaan awak?" lagi - lagi Irisy menyoal. Entah kenapa petang itu dia jadi berminat mahu bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada Hazaen.

Hazaen menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu, "Saya sendiri pun tak tahu."

Gadis berambut separas pinggang itu mencebik. Apa punya jawapanlah yang Hazaen berikan ini. Tak menepati standar jawapan sungguh.

"Macam mana awak boleh jadi supermodel? "

"Asalnya sayakan cuma F1 racer sahaja. Tetapi lepas itu nama saya naik. Mungkin sebab saya menang tempat pertama waktu itu. Then, saya dapat message daripada pihak Ferragamo. Mateen kata diorang nak ambil saya as ambassador diorang. Saya pun setuju sahajalah." cerita Hazaen.

SempurnaWhere stories live. Discover now