I - 44

45 15 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ HARI INI sudah masuk hari ketiga perang dingin dilancarkan. Sikap Irisy terhadap Hazaen masih lagi sama.

Sedikit pun dia tidak mahu berbual dengan Hazaen. Kalau iya sekali pun, dia bakal membalas persoalan Hazaen dengan menggumam atau ha, ya dan ok.

Dia langsung tidak berminat mahu berbual dengan Hazaen buat masa sekarang. Bahkan mereka tidur sahaja berasingan.

Walaupun Hazaen tidak mahu mereka berasingan bilik tetapi Irisy Zhulaiqa tetaplah Irisy Zhulaiqa.

Irisy dan keras kepalanya berpisah tiada.

Bunyi deringan telefon miliknya kedengaran. Segera Irisy berjalan kearah meja kopi yang berada ditepi kolam renang bagi mendapatkan benda berbentuk segi empat tepat itu.

Tanpa melihat nama pemanggil, Irisy terus menjawab panggilan tersebut. Benda pipih itu diletakkan pada kuping telinganya.

“Hello?” sapa Irisy sebaik sahaja talian disambungkan.

Hello, baby. Baby okay tak itu? Baby dekat mana?”

Irisy menjarakkan kembali telefon pintarnya daripada kuping telinga. Nama si pemanggil yang tertera pada layar skrin dibaca.

Ibu.

Kemudian, dia kembali meletakkan benda pipih itu pada kuping telinganya.

Baby ada je dekat rumah ini. Kenapa ibu call baby?

Keluhan Puan Indah kedengaran daripada belah sana, “Baby dengan Aen okay? Ibu dah lihat berita yang sedang menghangat sekarang ini.”

“Baby dengan Jen okay sahaja.” dalih Irisy.

“Ibu dan ayah sibuk memikirkan keadaan baby.” keluh Puan Indah.

Baby okay je dekat sini, ibu. Ibu jangan risau.”

“Apa pula suruh ibu jangan risau? Tentulah ibu risau! Astaghfirullahaladzim, baby kan anak ibu. Kalau baby mahukan masa berfikir, baliklah rumah ibu. Duduk dengan ibu.” ujar Puan Indah.

Irisy menggelengkan kepalanya. Walaupun dia tahu Puan Indah tak akan nampak tetapi dia tetap mahu menggelengkan kepalanya.

“Ibu bagi baby dan Aen masa dulu. Kalau betul semuanya memang dah tak ada harapan, baby akan balik rumah ibu dan ayah semula.” putus Irisy.

Tett.

Talian, Irisy putuskan. Telefon pintarnya diletakkan ke atas meja kopi semula. Dia mengambil keputusan buat duduk pada kerusi khas meja kopi. Dia membuang pandangannya kearah kolam renang.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

“LAMBAT ATAU cepat, awak bakal tahu juga semuanya. Beri saya masa seminggu untuk buktikan sesuatu pada awak. Dan saya akan bagi masa seminggu juga untuk awak percayakan saya semula.” ujar Hazaen lembut.

“Kalau saya tak boleh nak percayakan awak dalam masa seminggu ini, apa yang bakal berlaku?” soal Irisy.

“Saya akan pulangkan awak pada ibu dan ayah semula.”

“Ma─maksud awak?”

“Kalau betul awak tak ada sedikit pun rasa percaya pada saya... jadi perkahwinan kita dah tak ada makna pun Irisy.” keluh Hazaen.

“Bukan ke sepasang suami isteri itu patut saling percaya dan bantu satu sama lain? Tetapi sekarang, awak tak percayakan saya.” sambungnya lagi.

“Jen──”

“Saya ambil awak daripada ibu dan ayah untuk jadi isteri saya dengan cara yang baik, Irisy. Saya janji dengan ibu dan ayah saya akan jaga puteri bongsu mereka. Tetapi seandainya saya gagal kotakan janji saya pada ibu dan ayah, saya akan pulangkan awak semula pada mereka dengan cara yang baik.”

SempurnaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum