I - 33

43 16 2
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEKEPING SAMPUL surat berwarna coklat diletakkan keatas meja kafe. Dia bersandar pada kerusi selepas meletakkan sampul surat tersebut.

"Itu apa yang aku dapat daripada pihak pusat perubatan. Tidak perlu lebih, itu pun sudah cukup untuk membuktikan dia bersalah." ujarnya. Kedua - dua belah tangan disilangkan pada bahagian bawah dada.

"Hebat juga kau. Berapa banyak kau rasuah doktor itu buat berikan ini pada kau?" soal lawan mainnya. Sampul surat berwarna coklat itu diangkat.

"What do you mean by 'rasuah'? Rasuah is not my style, bro. Tinggal ugut sahaja. Senang, dia terus serahkan dokumen ini pada aku. Tak perlu susah - susah buang duit pada malaun itu."

"Menarik info yang kau beri. Seronok dapat bekerjasama dengan kau, Doktor Dayana."

Gadis yang menyerahkan sampul surat itu atau lebih tepatnya Dayana menyungging senyuman sinis, "Aku juga. Seronok berurusan dengan kau, Superstar Jen."

Sampul surat yang dipegang oleh Hazaen, dirampas kembali. Terus sampul surat tersebut dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

"Nanti aku berikan salinan. Yang ini aku bakalan simpan sebagai bahan bukti. Aku mahu pulang ke fakulti dahulu. Info tambahan bakalan aku kemas kini daripada masa ke semasa." ujar Dayana. Gadis itu bingkas bangun daripada duduknya.

Cawan yang berisi air latte itu diambil olehnya, "Thanks for the coffee. Jangan beritahu Yad aku minum coffee. Nanti dia luku aku."

Tanpa menunggu balasan daripada Hazaen, Dayana terlebih dahulu melangkah keluar daripada kafe lelaki tersebut.

Dan tanpa kedua - duanya sedar, ada mata lain yang 'terlebih memberi perhatian' kepada mereka.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

CHERIE, SAYA pulang."

"Saya dekat dapur. Sinilah!" laung Irisy daripada dapur.

Hazaen melangkah kearah dapur. Susuk tubuh Irisy yang sedang menghadap kaunter dapur itu dihampiri. Tubuh kecil itu dipeluk daripada belakang.

Cup!

Pipi kanan Irisy, Hazaen kucup ringkas. Kemudian, wajahnya disembamkan pada perpotongan leher Irisy.

"Jen, saya tengah masak ini."

"Go on. Saya cuma mahu rehat sebentar. Please, stay like this for awhile, cherie. It's help me recharge my energy." rayu Hazaen.

Hembusan nafas Hazaen terasa berat pada perpotongan lehernya. Irisy mengambil keputusan untuk membiarkan Hazaen seperti itu. Lagian pula, dia tidak perlu banyak bergerak kerana dia sudah hampir selesai memasak.

Lauk yang dimasak oleh Irisy ringkas sahaja. Gadis itu memilih untuk memasak ayam sambal pada hari itu.

Kata bonda, Hazaen gemar akan ayam sambal. Jadi Irisy memilih lauk tersebut untuk dijadikan lauk utama pada petang itu.

Selang lima minit, Irisy menepuk lengan Hazaen── menandakan dia sudah pun selesai memasak.

Lelaki itu akur. Hazaen meleraikan pelukan diantara mereka. Dia membantu Irisy untuk memindahkan lauk ke dalam mangkuk.

Hazaen turut membantu Irisy membawa mangkuk tersebut serta diletakkan keatas meja makan.

Lauk yang berada diatas meja makan itu, Hazaen pandang. Aroma ayam sambal menusuk - nusuk rongga hidungnya.

SempurnaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin